Saturday, January 30, 2010

PERJUMPAAN AHLI

Assalamualaikum w.b.t…

PERHATIAN!!!

PERJUMPAAN AHLI PERSATUAN KESENIAN ISLAM (PKI) AKAN DIADAKAN PADA:

TARIKH: 2 FEBRUARI 2010 (SELASA)

MASA: 8.30 MALAM

TEMPAT: BKA 0.3 (BANGUNAN ANNEX)

OBJECTIF PERJUMPAAN:

1) MEMPERKENALKAN MAJLIS TERTINGGI BARU PERSATUAN.

2) MERANCANG PROGRAM DAN AKTIVITI UNTUK SEMUA AHLI.

3) MERAPATKAN UKHUWAH ANTARA AHLI MAHUPUN MAJLIS TERTINGGI.

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT INGIN MENJADI AHLI, PENYERTAAN MASIH DI BUKA.

Friday, January 22, 2010

Pertandingan Nasyid di Universiti Utara Malaysia


Assalamualaikum...

Pada 21 Januari 2010, UiTM Pulau Pinang telah menghantar kumpulan nasyid Al-Asrar untuk menyertai pertandingan nasyid bernama Karnival Kebudayaan Kesenian (3K) bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah.

Kami bertolak ke UUM lebih kurang pada pukul 10.15 pagi dan tiba pada pukul 12.17 tengah hari. Setelah meletakkan barang-barang termasuk percussion di bilik persedian, Al-Asrar mencari kesempatan untuk mengadakan latihan buat kali terakhir.

Sunday, January 10, 2010

Datangnya Ilham 'Langkah Tercipta'


"Ketika itu, saya baring di atas katil, sambil mengenangkan ujian-ujian Allah kepada saya, dari situlah saya mendapat idea mencipta lagu Langkah Tercipta", kata Bazli sewaktu bercerita kepada kami di dalam bas semasa Kembara Amal UNIC Ke Utara (24-26 Disember 2009).

Lagu berjudul Langkah Tercipta dari kumpulan UNIC telah dilancarkan pada tahun 2009. Lagu ini adalah lagu dan album yang terbaru kumpulan UNIC. Untuk pengetahuan semua, lagu ini juga telah dinobatkan sebagai juara Carta Nasyid IKIM berminggu-minggu lamanya.

Tuesday, January 05, 2010

Permulaan 2010 Untuk PKI

Assalamualaikum.. Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan 'Selamat Tahun Baru' kepada semua pengunjung blog PKI ini. Tahun 2009 memberi banyak kenangan kepada kita semua.

Pada tahun ini, PKI akan memasuki fasa tahun keduanya yang bermula pada 30 Julai 2008. Maka pada 30 Julai 2010 ini, PKI akan berusia 2 tahun. Dan kemungkinan besar daripada perintis2 PKI ini akan menamatkan pengajian di kampus UiTM Pulau Pinang ini. InsyaAllah.. Kami berdoa agar PKI ini akan terus maju dan dapat menjadi lebih baik daripada sekarang. Ameen..

Teruskan perjuangan..