Friday, December 23, 2011

berilah Harapan

lagu yang memberi semangat untuk kita semua. lagu ni pernah dinyanyikan oleh Philosophy dan Inheritor dalam show-show yang telah dijayakan. harap terhibur.



Suara dari kejauhan
Menangis merintih pilu
Termangu mangu di muka pintu
Pada siapa saja yang sudi mendengar

Sebuah harapan
Membawa khabar
Tangisan si anak kecil
Yang kesakitan

Rintihan dari ibu ayah
Yang sekian lama
Menanggung derita

Berilah harapan
Taburkanlah budi
Semaikan kasih
Setulus budi
Seikhlas hati
Semurni nurani
Buat semua insan di dunia

Bersama harapan dan air mata
Jangan biarkan terus basahi pipi
Hulurkan bantuan dan pengorbanan
Dari hati yang ikhlas simpati tanpa nista

permataku- Philosophy cover.


show semasa ekspo kelab dan persatuan bagi semester nov-mac 2012. 

Saturday, December 17, 2011

#kenangan semester lepas

 

 

 

 




semester baru , semangat baru

semester baru dah bermula. maybe belum terlambat untuk ucapkan selamat memulakan semester baru ini dengan penuh semangat dan perasaan ingin berjaya di dunia dan akhirat. insyaallah. 

kepada yang berjaya dengan flying colours dalam result semester lepas , tahniah untuk korang. kepada yang tidak berapa cemerlang , jangan putus asa. usaha lagi. insyaallah ada sinar kejayaan untuk semester ini. 

diharapkan kepada semua ahli-ahli lama dan baru Persatuan Kesenian Islam UITMPP akan terus berusaha untuk mencorakkan persatuan kesayangan kita ini sehingga dipandang tinggi di persada antarabangsa. insyaallah.

p/s: blog sudah bertukar author. support saya. insyaallah. kita sama-sama usaha. :)

Sunday, July 31, 2011

Pertandingan Nasyid IPTA/IPTS SeMalaysia Piala Rektor UniFes_11


PERATURAN & SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN NASYID TERBUKA IPTA / IPTS SEMALAYSIA
PIALA REKTOR KAMPUS UiTM PULAU PINANG
UNIVERSITY ISLAMIC FESTIVAL 2011 (UniFes_11)

1.    PENDAHULUAN
Syarat-syarat dan peraturan Pertandingan Nasyid Terbuka IPTA / IPTS Se-Malaysia Piala Pengarah Kampus UiTM Pulau Pinang ini diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta, menjalankan pertandingan nasyid dan menentukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan adil.
2.    JAWATANKUASA PENGELOLA
  1. Pertandingan Nasyid Terbuka IPTA / IPTS Se-Malaysia Piala Rektor Kampus UiTM Pulau Pinang dikelolakan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Induk yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2011/2012 UiTM Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Aktiviti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (BHEPA) UiTM Pulau Pinang.
  2. Satu Jawatankuasa Kerja / Urusetia telah ditubuhkan untuk menguruskan segala perkara yang berhubung dengan urusan pertandingan dan penghakiman.
 3.    SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Monday, July 25, 2011

Sunnah pada Bulan Ramadhan

Assalamualaikum. Sahabat-sahabat PKI. Semoga anda sihat menjelangnya bulan mulia, Ramadhan. Sudahkah anda bersedia menyambut bulan mulia ini? Para akhowat, sudahkah anda menjelaskan hutang-hutang anda? Di harapkan sudah selesai semuanya. Jika belum, janganlah berlengah lagi. Jika tidak  habis mengganti, fidyah lah jawabnya.


Pada bulan Ramadan ini disyariatkan untuk berpuasa yakni meninggalkan makan dan minum serta segala perbuatan yang keji dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Sabda Nabi:

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan puasa ke atas kamu semua." - Hadis riwayat Ahmad, no: 9133.


Sumber imej : Google

Di sini saya ingin sertakan beberapa sunnah yang boleh kita jalankan sepanjang ramadhan. Bukan sahaja berpuasa, malah kita boleh melakukan sunnah ini supaya pahala kita berlipat ganda. Kita perlu berlumba-lumba untuk meningkatkan pahala kita.Takut-takut, tahun depan kita tidak dapat bertemu Ramadhan, alangkah ruginya bila pahala kita tidak mencukupi. Tapi dengan syarat, segala sunnah ini haruslah kita niatkan kerana Allah, semata-mata Allah! Di sini saya sudah memudahkan anda membaca dengan menebalkan isi penting dan men'Italic'kan dalil-dalalnya. Jom kita explore, Zass! 

Doa ketika melihat anak bulan


Apabila seseorang melihat anak bulan untuk menentukan tarikh bermulanya bulan Ramadan, dia hendaklah berdoa dengan doa yang telah diajar oleh Nabi s.a.w iaitu :


"Ya Allah munculkanlah anak bulan ini ke atas kami dengan membawa keberkatan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.- Hadis riwayat al-Tirmizi, no: 3373.

Meninggalkan perkataan-perkataan keji, dan lebih bersabar

Disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.

Jangan bercakap bohong

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan itu terus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa)." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.

Banyakkan bersedekah

Rasulullah s.a.w yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain. Ibn Abbas r.a berkata:

Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902.

Bertadarus

Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn Abbas r.a berkata:

"Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya." - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1902.

Menunaikan umrah jika berkemampuan

Jika berkemampuan, berusahalah untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan kerana pahalanya menyamai pahala mengerjakan ibadah haji. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1782.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h: "Pahala umrah pada bulan Ramadan menyamai pahala haji. Tetapi, bukan bererti umrah tersebut dapat mengugurkan kewajipan haji. Berdasarkan ijmak ulama, umrah tidak dapat menggantikan kewajipan ibadah haji hinggakan orang yang telah melaksanakan umrah (pada bulan Ramadan) tetap berkewajipan melaksanakan haji." – Rujuk Fathul Baari, jil. 10, ms. 27

Menggandakan amalan pada 10 malam terakhir

Pada bulan Ramadan terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding melakukan ibadah selama seribu bulan yang dipanggil sebagai lailatulqadar. Firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Menurut pengetahuanmu, apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." - Surah al-Qadr: 1-5.

Justeru itu, kita semua hendaklah menggandakan ibadah kita pada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadan terutamanya pada malam-malam yang ganjil, iaitu malam ke 21, 23, 24, 27 dan malam ke 29 demi mendapatkan malam al-Qadar. Baginda bersungguh-sungguh merebut peluang hidup untuk melakukan ibadah sambil beri’tikaf di masjid. Ketika beri’tikaf, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi s.a.w, mempelajari ilmu-ilmu agama dan lain-lain. Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain." – Hadis riwayat Muslim, no: 1174.

Solat Tarawikh, Qiyam Ramadhan dan Solat-solat Sunat lainnya

Solat Tarawih atau Qiyam Ramadan merupakan satu sunnah yang amat dituntut. Umat Islam perlu menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan amal ibadah seperti solat-solat sunat. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 759.

Itulah antara amalan-amalan sunnah yang bleh kita lakukan di sepanjang Ramadhan ini. Jika kita dapat mencontohi Rasulullah alangkah bahagia dan beruntungnya kita. Semga bingkisan ini dapat menaikkan semangat seluruh ummat Islam terutamanya ahli-ahli PKI. Laman rujukan adalah dari [sini].

Sampai di sini, semoga kita bertemu lagi dalam bingkisan yang lainnya.

[Along Fina] : Tak sabar nak sambut Ramadhan! Selamat beramal semua!

Wassalam...

Monday, June 06, 2011

Perjumpaan PKI 12/6/2011

[perkis.jpg]
Persatuan Kesenian
Islam UiTMPP

Perhatian kepada semua ahli Persatuan Kesenian Islam UiTMPP dan sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli, perjumpaan antara ahli akan diadakan pada:

Tarikh  : 12 Jun 2011 (Ahad)
Masa      :8.30 Malam
Tempat :BKA 0.3

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQZxeIYkh77ehsELSf0SQOIEnEu4Qhe84397VxwtWu3Jx1Q3JY2Untuk maklumat lanjut, sila layari:

http://www.jewishlibraries.org/main/Portals/0/AJL_Assets/Blog/facebook%20logo.pngBlog : pkiuitmpp.blogspot.com
FB     :Persatuan Kesenian Islam (PKI)

Sesiapa yang berminat turut dijemput hadir.

Thursday, April 14, 2011

Gelagat di hujung semester.

Assalamualaikum. 

Sekarang ni semua orang sedang sibuk untuk berpulun untuk mendapatkan markah terbaik untuk final exam yang bakal kunjung tak lama lagi. Ada yang sibuk menyiapkan final project, assignment, mendapatkan carry mark dan sebagainya.

Lain pula bagi pelajar yang memegang jawatan untuk kelab dan persatuan. Mereka sedang sibuk menguruskan borang C dan naik turun Unit Aktiviti di tingkat tiga Laman Perdana untuk mempersembahkan projek mereka kepada Cik Norlia dan Puan Salina.

Alhamdulillah, untuk urusan Persatuan Kesenian Islam UiTMPP, semua projek telah selesai diuruskan oleh ketua-ketua projek yang sungguh berdedikasi dan tahan maki. Hehehe...

Untuk semester depan, antara aktiviti yang dipohon ialah:

i) Malam Aspirasi Islam 5 (gabungan bersama UniFes)
ii) Bengkel Latihan Nasyid bersama UNIC
iii) Khidmat Masyarakat : Anak Yatim

InsyaAllah, kita akan turut menjalankan kelas khat dan alatan perkusi jika berkesempatan.

Untuk Malam Aspirasi Islam 5, kita masih belum ada perancangan untuk menjemput kumpulan nasyid apa. Jadi bolehlah anda beri cadangan untuk menjemput kumpulan mana. [Sila klik sini untuk mengundi melalui Facebook]

Harap sudi beri cadangan.  :)


Wassalam...

Monday, April 11, 2011

Syabas atas cubaan terbaik kita!



Assalamualaikum...

Baru-baru ini PHILOSOPHY  telah menyertai pertandingan nasyid di UiTM Perlis. Walaupun tewas, tapi  mereka telah berusaha yang terbaik. Syabas diucapkan. IsyaAllah ada peluang, kita cuba yang terbaik. 

Dengan pelbagai tekanan yang kita hadapi, mungkin kita perlu menstabilkan semula emosi untuk menghadapi final exam yang tak lama lagi.

InsyaAllah, semester depan, kita cuba untuk tuntut ilmu lebih dari orang yang lebih berilmu dalam bidang ini. 

Tetap semangat!


p/s: Gambar-gambar telah diupload di Facebook. Boleh lihat di sini [click] Sesiapa yang ingin upload gambar, boleh tambah di situ terus.  :)

Wassalam....

Saturday, April 02, 2011

Pertandingan Nasyid Permata Utara Piala Rektor UiTM Perlis

Assalamualaikum.

Sihat semua? Harap begitulah. Sekarang ini, ahli-ahli PKI terutamanya anggota Philosophy sedang gigih menjalankan latihan untuk Pertandingan Nasyid Permata Utara Piala Rektor UiTM Perlis yang akan berlangsung pada 9 April 2011 nanti. Doakan supaya kita berjaya!

Wassalam.


Monday, March 14, 2011

Hari Aspirasi Islam : Terima Kasih Kepada Yang Terlibat.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah... Akhirnya selesai jua Hari Aspirasi Islam anjuran Persatuan Kesenian Islam pada 12 Mac 2011 lalu.

Di sini Along ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Sememangnya tanpa anda semua, tidak akan berlangsunglah hari yang bersejarah dalam hidup Along ni. Dan Along rasa ini adalah hadiah paling bermakna dalam hidup Along. Sempena birthday Along en... hehehe... shushh! 

Terima kasih semua sebab bersabar je bila Along arah itu ini. Ikut juga bila Along nak korang bawa lagu Secerah Pawana tu. Sanggup tidur di dewan sebab taknak lewat bangun. Along hargai sangat-sangat. Dalam tension-tension nak buat aktiviti, korang tetap buat lawak, tetap bergelak ketawa. Memang terhibur. Rasa macam bukan pengarah program pulak. Adeh.

Walaupun aktiviti yang kita buat ni sempoi-sempoi belaka, tapi tetap juga kita terus bersemangat melaksanakannya. Yeah, itu yang kita mahu!

Along harap semester depan kita dapat menganjurkan aktiviti dengn lebih gempak lagi. Along harap anda semua terus setia bersama Persatuan Kesenian Islam. Ambillah pengajaran dalam setiap apa yang terjadi semasa program yang lepas. Janganlah ulangi kesilapan yang pernah Along lakukan. InsyaAllah, Along, Kak Wani, Kak Aina dan abang-abang Al-Asrar dan Imtiaz akan membantu jika kami diperlukan. Janganlah malu atau segan. Anggaplah kami sebagai keluarga anda sendiri. Kekalkanlah keceriaan yang melingkari setiap perjumpaan kita. Ikhlaskan hati.

Ish! Along ni bercerita macam dah nak habis belajar je. Tapi ini adalah ketentuan Allah. Jika Allah mahu sesiapa jua pergi tanpa waktu yang dijangka, tiada siapa yang dapat menghalang.

Rasa-rasanya sekarang ni dah bolehlah kalau kita nak merancang aktiviti sem depan.So, apa ye? Sebelum tu, kita kena siapkan laporan aktiviti tau. Jangan lupa yang itu.

Kalau nak tengok gambar-gambar aktiviti sila Ctrl+ Click link ini, dan link ini.

Okeylah. Sampai sini sahaja Along mampu coretkan. Jangan lupa pesanan-pesanan diatas ya.

Wassalam...

Sunday, February 27, 2011

Hari Aspirasi Islam : 12 Mac 2011

Assalamualaikum.

[Ctrl + Click untuk besarkan imej di tab baru]

Jika sebelum ini, Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang menganjurkan Malam Aspirasi Islam, pada semester ini Persatuan Kesenian Islam menganjurkan Hari Aspirasi Islam pula. Hal yang demikian kerana, pada semester ini, PKI turut menganjurkan Pertandingan Nasyid Terbuka Inter-Fakulti & Kolej pada siang hari dan Konsert Malam Aspirasi Islam pada waktu malamnya.

InsyaAllah, kumpulan Far East akan hadir pada malam tersebut sebagai artis jemputan. Jadi, jika anda berminat untuk menemui secara dekat, mengambil gambar serta mendapatkan special signature dari kumpulan nasyid terkenal ini, jangan lepaskan peluang untuk datang pada 12 Mac 2011 ini di Dewan Besar UiTM Pulau Pinang.

Terma dan syarat Pertandingan Nasyid Terbuka inter-Fakulti & Kolej.

1) Terbuka kepada semua pelajar lelaki UiTM Pulau Pinang tanpa bergantung pada fakulti @ kolej. 

2) Penyertaan terbuka samada solo atau berkumpulan dengan bayaran RM 3.00 setiap orang.

3) Persembahan tidak melebihi 15 minit.

4) Persembahan boleh menggunakan minus-one (penyediaan sendiri), acapella atau menggunakan percussion. Untuk penggunaan percussion, jadual latihan akan dikeluarkan bagi sesiapa yang berminat.

5) Bertemakan "Cinta Suci".

6) Jika berminat untuk menyertai, sila hubungi kami di talian 0195198659.

Hadiah

Tempat Pertama : Wang tunai sebanyak RM100.00
Tempat Kedua : Wang tunai sebanyak RM 75.00
Tempat Ketiga : Wang tunai sebanyak RM 50.00

Makanan di sediakan sepanjang pertandingan dan insyaAllah kami akan menyediakan sijil untuk para peserta.

Hadiah akan disampaikan oleh Far-East sendiri.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi 0195198659.

Wassalam.

Friday, February 25, 2011

Seminar : Nikah Khitbah-Solusi Masalah Remaja

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Semoga sihat belaka. Mak Ayah sihat? Adik beradik sihat? Kekasih? Oups! No no no no... Tak mau la main kekasih-kekasih ni. Kita main suami isteri, tu la kekasih kita di dunia dan di akhirat. Kan?

Memang lumrah perasaan manusia. Ingin mencintai dan dicintai. Ingin membelai dan dibelai dengan kasih sayang. Tetapi dalam melayari kasih sayang, biarlah kasih sayang itu disemai dengan keredhaan Allah, Pemilik Cinta.Barulah kasih sayang yang terbina itu terasa tenang untuk dikecapi bersama.

Ana ada teringat satu untaian kata dari buku 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul', 

"Jika perkahwinan yang terbina adalah didahului dengan ber'couple', maka perkahwinan itu adalah dasar dari keindahan godaan syaitan, bukan keindahan cinta kurniaan Allah."

lebih kurang begitulah ayatnya. Mari kita renung-renungkan sebentar.

Buang bayi. Campak bayi ke tepi jalan. Letak bayi di kaki lima masjid. Dan yang terbaru, wujudnya pusat pembuangan bayi. Ups! Betul ke ayat tu? Entah. 

Tapi semuanya sinonim. Melayu. Islam. Tidak sinonimkah? Melayu yang beragama Islam. Ramai. Di kad pengenalan. Allah-perkataan yang sangat dikenali. Tapi sejauh mana kita mengenali Allah? Sejauh mana kita mengambil iktibar tentang hukum hakam Allah? Astaghfirullah...


[Ctrl + Click untuk besarkan imej]

Seminar Nikah Khitbah : Solusi Kepada Masalah Remaja.

"Tak perlu melakukan perkara yang haram untuk bergembira kerana perkara yang halal pasti memberi lebih dari kegembiraan."

Tarikh : 27 Februari 2011
Tempat : Laman Perdana UiTM Pulau Pinang
Waktu : 8.30 malam
Penceramah Jemputan: Ustaz Kazim Elias

Apakah nikah khitbah? Kalau tak silap ana, Rasulallah pernah mengamalkannya dahulu semasa pernikahannya bersama Siti Aisyah ketika Siti Aisyah belum bersedia untuk menjalani kehidupannya sebagai seorang isteri. Lebih kurang begitulah situasinya. Ana tak mampu menerangkan lebih, takut tersilap. Almaklumlah ana masih sangat kurang ilmu mengenai isu-isu sensitif sebegini. Mari kita dengarkan dari Ustaz Kazim Elias sendiri.

Jangan lupa hadir untuk seminar itu.


p/s: semasa awal majlis ada persembahan dari kumpulan nasyid UiTMPP, Philosophy.


Update: 
Tajuk ceramah telah ditukar kepada AKU TERIMA NIKAHNYA yang bakal dikupas oleh 2 org panel jemputan Dato Paduka Sheikh Hasbullah, dan Dato Nooh Gadut dan dipengerusikan oleh Prof Madya Hj Noor Awang Hamat. Semua dijemput hadir. Segala kesulitan amatlah dikesali...

Wassalam.

Tuesday, February 15, 2011

Perjumpaan Kedua Ahli PKI

Assalamualaikum.

Salam Maulidurrasul kepada semua pembaca. 

Oh ya, malam ni insyaAlah ada meeting untuk semua ahli. Semua ahli diharapkan dapat hadir. Butir-butir mengenai perjumpaan malam ini: 

Tarikh : 15 Februari 2011 (Selasa)
Tempat : BKA 1.7
Masa : 8.00 Malam

Jumpa di sana! :)

Wednesday, February 09, 2011

Lirik Lagu : Kasih Sayang, Siratunnabi, Surga-Mu

Assalamualaikum. 

Ni Along nak post lirik lagu yang bakal Syazarwan bawa untuk Majlis Sambutan Maulidurrasul pada 10 Februari 2011 nanti. Along post supaya senang nanti Syazarwan nak hafalkan lirik.

Kasih Sayang

Album : Demi Masa
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com



Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana


Siratunnabi

Album : Siratunnabi - Mestica
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

(Arab)

C/O
Sungguh mulianya pekertimu
Sinar bercahaya di wajahmu
Kaulah Nabi kekasih Allah
Kau jadi insan pilihan

Demi umat rela berkorban
Jiwa dan raga kau taruhkan
Demi Tuhan kau tempuhi
Dugaan dan cabaran

Ya Rasulullah...

Tika mula kau menerima wahyu
Hatimu resah tiada menentu
Khadijah mengukir kata-kata
Bahwa kau Rasul buat seluruh umat

Bila kau hampir memejamkan mata
Lidahmu basah menyebut ummati
Kasih sayangmu tak bisa digambar
Hanya selawat pengikat kasih




Surga-Mu

Album : Surga-Mu
Munsyid : Ungu
http://liriknasyid.com

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milik-Mu
Ku hanya hamba-Mu yang berlumur dosa

Pre Reff :

Tunjukkan aku jalan lurus-Mu
Untuk menggapai Surga-Mu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena kutahu hanya Kau Tuhanku

Reff :

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memuja-Mu di setiap waktu

Hanyalah pada-Mu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunan-Mu

Back to Pre Reff
Back to Reff (3x)

p/s: Kredit lirik kepada www.liriknasyid.com  :)

Friday, January 28, 2011

Persembahan Pertama Syazarwan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Malam tadi telah berlansung kemunculan sulung kumpulan nasyid UiTM Pulau Pinang generasi keempat yang telah disaksikan oleh penduduk kolej Kristal dan Zamrud. Alhamdulillah sekali lagi kerana semuanya berjalan lancar walaupun tidak sesempurna yang dirancangkan.

Persembahan dari Syazarwan adalah atas jemputan pihak JPK Zamrud dan Kristal bagi memeriahkan sambutan Overview Night. Program ini sememangnya menguji iman urusetia-urusetia JPK kerana program yang sememangnya dijadualkan pada malam tersebut sebenarnya telah dibatalkan dek kerana persiapan terlalu awal oleh pihak ESQ yang dijadualkan berlangsung pada keesokan paginya.

Setelah diberitahu tentang program tersebut batal, saya terus menghantar masej kepada semua ahli Syazarwan dengan perasaan penuh kecewa mengenangkan betapa ahli-ahli Syazarwan yang telah berlatih bersungguh-sungguh pada setiap malam untuk persembahan sulung mereka ini. Seperti yang saya sangkakan, pelbagai reaksi telah saya terima. 

15 minit kemudian, saya mendapat panggilan semula untuk meneruskan persembahan. Dengan perasaan gembira saya terus menghantar masej bagi menyampaikan berita gembira tersebut. Seperti yang saya jangkakan, banyak perkara yang perlu kami selesaikan sebelum persembahan.

Barangan percussion yang sangat berat terasa ingin sahaja ditinggalkan kerana Saudara Faiz telah pergi bersama keretanya. Setelah berikhtihar, alhamdulillah, dapat juga Saudara Aiman datang membantu.

Oleh sebab, kami memulakan Sound Check dan rehearsal lewat, kami turut terlewat untuk pulang bersiap. Saya hanya beri masa setengah jam kepada Syazarwan untuk solat dan bersiap. Tanpa dijangka, vokalis utama, Haikal telah terperangkap di dalam  lif baiduri dan hanya berjaya keluar selepas pukul 8.30 malam.

Tanpa kehadiran Haikal, kami terpaksa juga perform awal dek kerana tersalah sebut nama kumpulan yang perlu perform. Demi menjaga nama depan Timbalan Pengarah Kampus, kami keluar juga membuat persembahan. Sedikit kecewa tanpa Haikal. Saya yang tiba agak lewat dan terkejut dengan kemunculan Syazarwan sebelum waktunya menjadikan saya gelisah dan terlupa untuk merakam persembahan sulung itu.


Keadaan di dalam dewan semasa Syazarwan membuat persembahan.

Alhamdulillah, selepas membuat persembahan, kami dihidangkan mi kari berapi. Mi kari pedas, teh panas dan makan di bilik yang tiada aircond mahupun kipas. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapat makanan sedap.

Sebelum pulang ke markas latihan.   :)
Masih ramai yang tiada dalam gambar kerana terpaksa pulang awal.

Alhamdulillah. Setelah semuanya kami lalui, walaupun masih ada kekurangan, diharapkan kami dapat menebusnya kembali pada 10 Februari 2011 bersempena Maulud Nabi dan InsyaAllah pada 12 Ferbuari 2011 bersempena majlis untuk penduduk kolej Mutiara pula. 

Saya mengucapkan tahniah kepada semua anggota Syazarwan di atas persembahan yang boleh dikatakan berkualiti kerana ini adalah persembahan pertama dan pengalaman pertama mereka. Semoga usaha mereka ini membuahkan hasil yang cukup manis untuk semua ahli PKI.   :)

Sampai disini. Wassalam.

Monday, January 24, 2011

Syazarwan

Assalamualaikum.

Setelah berunding sesama ahli, Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang telah memutuskan kumpulan terbaru yang dilahirkan dari kelab ini bernama Syazarwan yang bermaksud Kaki Lima Kaabah. 

Nama ini telah dicadangkan oleh salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Saudara Fitri dan dipersetujui oleh semua ahli yang terlibat.

Sampai disini. Wassalam.

Sunday, January 23, 2011

Live Dari Bilik Latihan Persatuan Kesenian Islam

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, malam ini berlangsung jua latihan untuk persediaan persembahan untuk Malam Perasmian Kolej Kristal pada 27 Januari nanti.  Kami terpaksa menahan telinga kerana  Kelab EZ Muzik mengadakan Jamming di bilik sebelah. Pergh! Berikut gambar yang sempat saya rakamkan menggunakan webcam.

Pasukan percussion yang sibuk berlatih yang diketuai oleh Saudara Nasrullah.


Pasukan vokalis yang terpaksa menjalankan latihan di luar bilik dek kerana bunyi percussion.


Eh sempat lagi Aiman menjamu selera ya? :)

Semoga persembahan yang akan kami sajikan nanti berjalan lancar. Amin ya Rabbal Alamin.

Friday, January 21, 2011

Latihan Nasyid

Assalamualaikum.

Pertemuan pertama antara ahli PKI pada malam tadi telah berlangsung dengan lancar. Alhamdulillah. Malam tadi telah diadakan perlantikan presiden kelab. Dan saudara Soffi telah dilantik bagi jawatan itu. Tahniah diucapkan.

Malam ini pula akan diadakan sesi latihan nasyid di atas Food Court UiTMPP tepat pada pukul 8.00 malam. Semua diharapkan dapat hadir.

Sesi latihan ni dijalankan memandangkan PKI menerima dua jemputan persembahan, iaitu pada 27 Januari dan 10 Februari 2011 nanti. Semoga semuanya berjalan lancar.

Thursday, January 20, 2011

Perjumpaan Pertama Ahli Baru Dan Lama Tahun 2011

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Semalam sudah berakhirnya Ekspo Kelab dan Persatuan (ESKEP) untuk semester pertama bagi tahun 2011. Alhamdulillah, sepanjang berlangsungnya ESKEP, terdapat beberapa orang ahli yang sanggup turun padang bagi menjayakan booth PKI. Terima kasih. Terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang bukan ahli PKI yang sudi menghulurkan bantuan sepanjang 2 hari tersebut.

Dan pada malam ini akan berlangsung perjumpaan pertama antara ahli baru dan lama untuk mengenali mereka dan memperjelaskan kepada mereka perjuangan dakwah yang diketengahkan oleh Persatuan Kesenian Islam ini. Berikut adalah butiran perjumpaan untuk malam ini.

Hari        : Khamis (20 Januari 2011)
Masa      : 8.00 malam
Tempat  : Berkumpul di Laman Siswa (LS) dan akan diberitahu kemudian.

Diharapkan semua ahli Persatuan Kesenian Islam UiTMPP dapat hadir pada malam ini.
Wassalam.