Friday, February 25, 2011

Seminar : Nikah Khitbah-Solusi Masalah Remaja

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Semoga sihat belaka. Mak Ayah sihat? Adik beradik sihat? Kekasih? Oups! No no no no... Tak mau la main kekasih-kekasih ni. Kita main suami isteri, tu la kekasih kita di dunia dan di akhirat. Kan?

Memang lumrah perasaan manusia. Ingin mencintai dan dicintai. Ingin membelai dan dibelai dengan kasih sayang. Tetapi dalam melayari kasih sayang, biarlah kasih sayang itu disemai dengan keredhaan Allah, Pemilik Cinta.Barulah kasih sayang yang terbina itu terasa tenang untuk dikecapi bersama.

Ana ada teringat satu untaian kata dari buku 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul', 

"Jika perkahwinan yang terbina adalah didahului dengan ber'couple', maka perkahwinan itu adalah dasar dari keindahan godaan syaitan, bukan keindahan cinta kurniaan Allah."

lebih kurang begitulah ayatnya. Mari kita renung-renungkan sebentar.

Buang bayi. Campak bayi ke tepi jalan. Letak bayi di kaki lima masjid. Dan yang terbaru, wujudnya pusat pembuangan bayi. Ups! Betul ke ayat tu? Entah. 

Tapi semuanya sinonim. Melayu. Islam. Tidak sinonimkah? Melayu yang beragama Islam. Ramai. Di kad pengenalan. Allah-perkataan yang sangat dikenali. Tapi sejauh mana kita mengenali Allah? Sejauh mana kita mengambil iktibar tentang hukum hakam Allah? Astaghfirullah...


[Ctrl + Click untuk besarkan imej]

Seminar Nikah Khitbah : Solusi Kepada Masalah Remaja.

"Tak perlu melakukan perkara yang haram untuk bergembira kerana perkara yang halal pasti memberi lebih dari kegembiraan."

Tarikh : 27 Februari 2011
Tempat : Laman Perdana UiTM Pulau Pinang
Waktu : 8.30 malam
Penceramah Jemputan: Ustaz Kazim Elias

Apakah nikah khitbah? Kalau tak silap ana, Rasulallah pernah mengamalkannya dahulu semasa pernikahannya bersama Siti Aisyah ketika Siti Aisyah belum bersedia untuk menjalani kehidupannya sebagai seorang isteri. Lebih kurang begitulah situasinya. Ana tak mampu menerangkan lebih, takut tersilap. Almaklumlah ana masih sangat kurang ilmu mengenai isu-isu sensitif sebegini. Mari kita dengarkan dari Ustaz Kazim Elias sendiri.

Jangan lupa hadir untuk seminar itu.


p/s: semasa awal majlis ada persembahan dari kumpulan nasyid UiTMPP, Philosophy.


Update: 
Tajuk ceramah telah ditukar kepada AKU TERIMA NIKAHNYA yang bakal dikupas oleh 2 org panel jemputan Dato Paduka Sheikh Hasbullah, dan Dato Nooh Gadut dan dipengerusikan oleh Prof Madya Hj Noor Awang Hamat. Semua dijemput hadir. Segala kesulitan amatlah dikesali...

Wassalam.

No comments: