Sunday, July 31, 2011

Pertandingan Nasyid IPTA/IPTS SeMalaysia Piala Rektor UniFes_11


PERATURAN & SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN NASYID TERBUKA IPTA / IPTS SEMALAYSIA
PIALA REKTOR KAMPUS UiTM PULAU PINANG
UNIVERSITY ISLAMIC FESTIVAL 2011 (UniFes_11)

1.    PENDAHULUAN
Syarat-syarat dan peraturan Pertandingan Nasyid Terbuka IPTA / IPTS Se-Malaysia Piala Pengarah Kampus UiTM Pulau Pinang ini diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta, menjalankan pertandingan nasyid dan menentukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan adil.
2.    JAWATANKUASA PENGELOLA
  1. Pertandingan Nasyid Terbuka IPTA / IPTS Se-Malaysia Piala Rektor Kampus UiTM Pulau Pinang dikelolakan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Induk yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2011/2012 UiTM Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Aktiviti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (BHEPA) UiTM Pulau Pinang.
  2. Satu Jawatankuasa Kerja / Urusetia telah ditubuhkan untuk menguruskan segala perkara yang berhubung dengan urusan pertandingan dan penghakiman.
 3.    SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Setiap IPT boleh menghantar maksimum dua (2) kumpulan sahaja.
  2. Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi daripada 10 orang ahli yang terdiri dari pelajar lelaki sahaja termasuk pemuzik.
  3. Penyertaan hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia dan boleh terdiri daripada berbagai kaum yang beragama Islam yang merupakan mahasiswa IPT tersebut.
  4. Penyanyi profesional tidak layak untuk menyertai pertandingan ini dan penyertaan kumpulan yang dianggotai oleh mana-mana penyanyi profesional akan terbatal secara langsung. (Penyanyi professional ialah mereka yang telah membuat album sama ada dalam bentuk piring hitam, kaset, atau cakera padat baik secara solo mahupun berkumpulan)
5.    Pencipta lagu dan penulis lirik hendaklah Warganegara Malaysia.
  1. Seorang peserta hanya dibenarkan mewakili satu kumpulan sahaja.
  2. Segala perbelanjaan kumpulan yang meliputi kos perjalanan, makan, minum, latihan, susunan muzik (music arrangement), pakaian dan sebagainya adalah tanggungjawab kumpulan masing-masing.
  3. Setiap kumpulan diwajibkan untuk membayar yuran penyertaan sebanyak          RM 350.00 dalam bentuk wang tunai kepada Urusetia Pertandingan. Pembayaran hendaklah dibuat pada hari pendaftaran bersama dengan lima (5) salinan lirik lagu.
  4. Rakaman video dan / atau audio oleh pihak penganjur adalah menjadi hak milik penganjur.
  5. Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat sesuai dengan nilai-nilai Islam serta mengikut kesesuaian persembahan tetapi tidak melanggar tatasusila dan tidak menjolok mata. 
4. LAGU DAN LIRIK
  1. Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan dua (2) buah lagu nasyid dan hendaklah disampaikan dalam masa tidak lebih dari 15 minit.
  2. Markah permulaan diambil kira setelah pasukan memulakan nasyid (memulakan lagu). Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong dua (2) markah.
  3. Lagu yang pernah dipertandingkan dalam Pertandingan Nasyid Terbuka IPTA / IPTS Piala Rektor Kampus, University Islamic Festival 2010 (UniFes_10) sebelum ini adalah tidak layak dipertandingkan semula.
  4. Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan dua (2) buah lagu sahaja. Lagu pertama hendaklah mengikut tema pertandingan manakala lagu kedua adalah bertema bebas.
  5. Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai murni islam yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik dan kehidupan sejahtera, membenteras gejala-gejala sosial, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seumpamanya asalkan tidak lari daripada tema yang telah ditetapkan iaitu, “BELIA CEMERLANG UMMAH TERBILANG”.
  6. Tajuk tema tidak boleh menjadi tajuk kepada mana-mana lagu yang akan dipertandingkan.
  7. Peserta boleh menggunakan lagu dan lirik ciptaan sedia ada dan tidak boleh mengubah lirik asal sekiranya membuat persembahan menggunakan lagu yang telah dirakamkan oleh mana-mana pihak sebelum ini dan penggunaan lirik dan lagu sendiri adalah dibenarkan.
  8. Seni kata lagu hendaklah dalam bahasa Melayu, Arab atau Inggeris atau gabungan bahasa-bahasa tersebut sahaja.
  9. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan lima (5) salinan seni kata serta terjemahan seni kata.
  10. Lirik lagu hendaklah tidak menyentuh sentimen mana-mana individu dan kaum.
5. MASA PERSEMBAHAN
  1. Masa persembahan bagi sesebuah kumpulan hendaklah tidak melebihi 15 minit.
  2. Markah diambil kira setelah pasukan memulakan nasyid (memulakan lagu). Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong dua (2) markah.
6. MUZIK IRINGAN
1.Alat muzik yang dibenarkan adalah jenis perkusi, seperti yenkee (Gendang Turki), kompang, bonggo, tamborin, marakas, congga, rebana, shaker dan seumpamanya.
2.Penggunaan alat muzik elektronik adalah tidak dibenarkan.
3.Selain penggunaan alat muzik, peserta boleh menggunakan rakaman iringan muzik (minus two) yang tidak ada suara latar (Back up Vocal) di dalam rakaman muzik tersebut.
4.Rakaman iringan muzik tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur di dalam format audio semasa pendaftaran dibuat.
7. FORMAT PENGHAKIMAN
1.Penghakiman akan diadili oleh sebuah panel hakim yang akan dilantik oleh penganjur dan keputusan adalah muktamad.

2 .Kertas pemarkahan bagi suatu penghakiman adalah dianggap SULIT dan hendaklah disimpan oleh setiausaha pertandingan. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
8. HADIAH
Pemenang akan membawa pulang hadiah seperti berikut:
JOHAN                       :           Piala Pusingan, Piala Iringan, Wang Tunai RM 1000, Sijil Penyertaan
NAIB JOHAN             :           Piala Iringan, Wang Tunai RM 750, Sijil Penyertaan
KETIGA                      :           Piala Iringan, Wang Tunai RM 500, Sijil Penyertaan
* semua peserta akan memperoleh sijil penyertaan dan cenderamata.
9. TEMPAT PERTANDINGAN
Pertandingan akan diadakan pada 29 JULAI 2011 (JUMAAT) di Dewan Besar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang pada jam 9.00 pagi atau 2.30 petang bagi peringkat saringan (tertakluk kepada proses pengundian). Pertandingan peringkat akhir pula akan bermula pada jam 8.30 malam.

10. LAIN-LAIN KETERANGAN
1.Pihak penganjur tidak menyediakan tempat penginapan bagi para peserta, pengiring dan penyokong.
2.Walau bagaimanapun, pihak penganjur telah melampirkan senarai perkhidmatan homestay di sekitar kawasan UiTM Pulau Pinang. Bagi yang memerlukan bantuan berkaitan berkaitan dengan penginapan, sila berhubung dengan Saudara Zulfaez (013 – 4312014) selewat-lewatnya pada tarikh tutup penyertaan.
3.Pengangkutan dari tempat penginapan ke tempat pertandingan (UiTMPP) adalah  tanggungjawab pihak peserta sendiri.
4.Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan makanan untuk semua peserta dan seorang pegawai pengiring sepanjang hari pertandingan berlangsung.
5.Sebarang kemalangan, kecederaan atau kerugian ke atas peserta semasa pertandingan ini berlangsung adalah di atas tanggungjawab peserta dan tidak boleh dituntut daripada pihak penganjur.
6.Semua syarat-syarat dan peraturan pertandingan adalah wajib dipatuhi. Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran syarat-syarat atau peraturan yang telah ditetapkan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan kumpulan tersebut.
7.Tarikh tutup penyertaan ialah 8 JULAI 2011 (JUMAAT) pada jam 5.00 petang.
8.Peserta yang berminat hendaklah mengisi dengan lengkap borang penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur dan menghantar borang tersebut kepada urusetia melalui faksimili yang dilampirkan.

11. URUSETIA
Alamat          :  Urusetia
University Islamic Festival 2011 (UniFes_11)
Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar
Pusat Kegiatan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Pulau Pinang
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang
(U/P: Muhammad Zulfadhli bin Abdul Manap)
Faksimili           :           04 – 3822848
H/P                     :           019 – 5198659 (Fina)
                                       012 – 9755404 (Amirul)
                                       014 – 5290636 (Mustaqim)
                                       013 – 4905686 (Zulfadhli)
E- mel                :           unifes.11@gmail.com

12. PINDAAN KEPADA PERATURAN
1.Syarat-syarat dan peraturan pertandingan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan demi meningkatkan mutu penganjuran dan memberi kesaksamaan kepada semua pihak yang terlibat.
2.Selain daripada peraturan diatas, Pertandingan Nasyid Terbuka IPTA / IPTS         Se-Malaysia Piala Pengarah Kampus UiTM Pulau Pinang ini juga tertakluk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang mana dianggap sesuai.

13. MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

1.Fina Arifatul Kartika binti Tajul Arifin,
Urusetia,
Pertandingan Nasyid Terbuka Peringkat IPTA / IPTS Se-Malaysia, Piala Rektor Kampus, University Islamic Festival 2011 (UniFes_11), H/P :  019 – 5198659

2.Muhammad Amirul Syafiq bin Razali, Urusetia, University Islamic Festival 2011 (UniFes_11), H/P :  012 – 9755404

3.Muhaimin Mustaqim bin Jamaludin,Urusetia, University Islamic Festival 2011 (UniFes_11), H/P :  014 – 5290636

4.Muhammad Zulfadhli bin Abdul Manap, Urusetia, University Islamic Festival 2011 (UniFes_11), H/P :  013 – 4905686


UPDATE (22 Julai 2011)
 
Tentatif Program:




MASA
PERKARA
8.00 pagi
Pendaftaran Peserta
Sarapan
Sound Check
9.00 pagi
Pertandingan Nasyid Bermula – Peringkat saringan
12.00 tengah hari

Rehat
Makan tengah hari
Laluan kepada Solat Jumaat

3.00 petang
Sambungan Pertandingan Nasyid – Peringkat saringan
5.00 petang
Pertandingan Nasyid peringkat saringan tamat
Pengumuman kumpulan ke peringkat akhir
Makan malam
8.00 malam
Pertandingan Nasyid Bermula – Peringkat akhir
10.30 malam
Pertandingan Nasyid tamat
Penyampaian cenderahati, sijil dan hadiah kepada para pemenang



-Tarikh tutup penyertaan dipinda kepada 23 Julai 2011

-Setiap penyertaan akan diberikan penginapan

-Format pemarkahan:

Bil.
Kriteria
Markah
Penuh
SUARA DAN PERKUSI (45%)
1
Suara utama
5
2
Keseragaman Suara Latar
5
3
Kesesuaian & Kepelbagaian
15
4
Nada Suara
5
5
Sebutan
5
6
Perkusi
10
PERSEMBAHAN (30%)
7
Gaya & Kreativiti
15
8
Interaksi & Daya Tarikan
5
9
Pakaian
5
10
Masa
5
LAGU DAN LIRIK (25%)
11
Susunan Lagu & Gubahan Lirik
20
12
Kesesuaian Lagu & Lirik
5
JUMLAH
100





No comments: