Assalamualaikum. Seperti semester-semester yang lepas, pada semester ini Persatuan Kesenian Islam UiTM Pualau Pinang sekali lagi menganjurkan malam yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar UiTMPP. Malam Aspirasi Islam III (untukmu Palestin) akan diadakan dan pada kali ini, kumpulan nasyid lama yang telah membuka lembaran baru, UNIQUE (dahulu disebut sebagai UNIC) menjadi artis yang bakal menimbulkan kesedaran dan keinsafan kepada pelajar-pelajar yang hadir pada malam tersebut.
Berikut merupakan butiran mengenai aktiviti yang bakal berlangsung pada hari tersebut.
Sepetang Bersama UNIQUE
Tempat: Dewan Seminar UiTM Pulau Pinang @ Dewan Kuliah Perdana
Tarikh: 19 Mac 2010 (Jumaat)
Waktu: 2.30 petang
Bayaran: RM 2.00
Bayaran: RM 2.00
Kod pakaian: Sopan dan menutup aurat
*untuk ahli yang sudah berdaftar dengan MT PKI sahaja.
Malam Aspirasi Islam III (Untukmu Palestin)
Tempat: Laman Perdana UiTM Pulau Pinang
Tarikh: 19 Mac 2010
Waktu: 8.30 malam
Kod Pakaian: Sopan dan menutup aurat
Semua pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan program Malam Aspirasi Islam III (untukmu Palestin).
Jumpa anda di sana, insyaAllah...
by: Along Fina
3 comments:
promote jangan tak promote!!
hahaha.. promot kat orang laen, tapi diri sendiri tak dapat pergi.. huhuu.. sedeyhnye.. tapi akan ku usahakan jua untuk pegi!
hehe...
promote kt sume...
nsb la.. xpe2.. xleh g, suh diorg wt rkaman ye...
-"sahabatulip"-
Post a Comment