Friday, February 26, 2010

PKI di Festival Nasyid Inter-Kampus UiTM Puncak Alam



"Dapat giliran nombor berapa?!", rakan-rakan bertanya kepada saya.

"Haha.. Nombor 13. Last sekali", saya menjawab.

"Allah.. Last sekali.. Mesti dah ngantuk time tu", ngomel rakan-rakan saya.

Pengalaman mendapat giliran yang pertama ketika Festival Nasyid UiTM (FENU '09) dahulu, ianya telah mengejutkan kami sekumpulan. Begitu juga di pertandingan ini, mendapat giliran terakhir pastinya menjadi cabaran kepada kami.

Wednesday, February 24, 2010

PKI Kelab Cemerlang 2009 Kategori Kesenian Dan Kebudayaan


"Persatuan Terbaik 2009 Kategori Kebudayaan Dan Kesenian jatuh kepada...!! PERSATUAN KESENIAN ISLAM!!!", bergema Laman Perdana dengan pengumuman pengacara majlis, Encik Saiful Azli.

Saya naik ke atas pentas mengambil anugerah tersebut bagi wakil Persatuan Kesenian Islam (PKI). Anugerah ini adalah yang pertama yang diperolehi persatuan ini. Sesuai dengan ulang tahun yang kedua yang bakal disambut pada 30 Julai 2010, PKI perlu disuntik dengan semangat dan penghargaan untuk terus berjuang.

Terima kasih di atas penganugerahan ini!