Thursday, October 29, 2009

Warkah Buat Generasi Pewaris PKI

Kepada:
GENERASI PEWARIS

Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang

...Ahli-Ahli PKI sekalian...

Assalamualaikum.. Di musim2 final exam ni sempat pulak saya membuat coretan ye.. He2.. Mungkin saya boleh mencuri sedikit masa untuk menulis. Emm.. Apa yang membuatkan saya teringin untuk menulis ini ialah kerana AGM PKI telah pun selesai dan musim2 menghantar kertas kerja untuk semester hadapan telah sampai ke penghujungnya. Jadi saya rasa perlulah memberi sedikit nasihat sebagai 'orang lama' khususnya kepada saf kepimpinan yang baru dilantik baru2 ini.

Sebelum itu, tahniah dan takziah saya ucapkan kepada saf kepimpinan yang baru dibawah pimpinan Saudara Mohd Firdaus Bin Muslan. Kami di saf kepimpinan yang lama berharap agar Firdaus dapat memimpin dan meneruskan perjuangan untuk memartabatkan kesenian Islam di kampus kita ini. Apa yang paling penting ialah niatkan semua kerja2 kita ini hanyalah kerana Allah s.w.t.

Pemimpin bersilih ganti.. Masa yang akan menentukannya.. Tidak kira mana2 persatuan hatta kepada parti politik sekalipun, pasti ia akan terjadi. Jadi, kebimbangan dan kerisauan pasti akan menyelubungi pemimpin tidak kira yang lama atau yang baru. Yang lama memikirkan tentang perkembangan dan halatuju yang akan datang yang akan dibawa oleh yang baru. Yang baru pula memikirkan tentang tanggungjawabnya untuk mentadbir pentadbiran sekarang.

Sebagai orang lama, tidak dinafikan bahawa perasaan bimbang itu wujud di hati saya. Bukan kerana saya tidak menyakini saf kepimpinan yang baru, tetapi saya takut senario perkembangan dan pencapaian PKI yang dikecapi hari ini tidak dapat dipertahankan.. Nama Persatuan Kesenian Islam sangat dipandang tinggi di Unit Aktiviti Hal Ehwal Pelajar berkenaan rekodnya yang bersih dari segi pengurusan kertas kerja, laporan aktiviti, pelarasan kewangan sehinggalah kepada sumbangannya kepada UiTM Pulau Pinang.


Jadi.. Hari ini jika anda perhatikan di papan kenyataan di kolej2, PKI termasuk dalam senarai persatuan pelajar yang masih belum menghantar minit mesyuarat agung (AGM) dan senarai AJK yang baru dilantik. Bagi yang membacanya, jangan terkejut.. Hal ini bukannya masalah pentadbiran kita, tetapi kita mempunyai masalah dengan jawatan Penasihat PKI. Untuk makluman, Ust Sanusi akan bersara tahun hadapan, jadi PKI perlukan seorang pengganti sebagai penasihat dan ianya mengambil masa yang agak lama untuk menggantikan kekosongan itu. Alhamdulillah.. PKI sudah ada penasihat yang baru hasil usaha Saudara Safwan Saari yang merisik Ust Roshaimizam Bin Suhaimi. Mulai hari ini, Ust Roshaimizam Bin Suhaimi adalah penasihat PKI yang baru menggantikan Ust Sanusi yang bakal bersara nanti.

Selagi kami berada di sini.. InsyaAllah kami akan memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada generasi pewaris PKI.. Nasihat2 kami kepada anda..

INKUIRI

Inkuiri ibarat seorang bayi yang baru belajar mengenal kehidupan

Setiap pemimpin yang baru, perlulah mempunyai sifat inkuiri (semangat ingin tahu) yang tinggi. Hal ini sangat penting kerana sebagai orang baru, kita tidak mempunyai pengalaman tentang selok belok pentadbiran. Dalam konteks di UiTM ini, kita perlu mengambil tahu tentang bagaimana hendak mengisi borang C (kertas kerja), bagaimana pula mengisi borang D (laporan aktiviti), mengisi borang permohonan pendahuluan, tuntutan, dan pelarasan (bendahari), dan juga bagaimana hendak berhubung dengan orang2 penting di kampus ini.

Justeru.. Saya menyeru kepada pemimpin yang baru, agar mempunyai semangat inkuiri yang tinggi ini. Hal ini terjadi kepada kami sewaktu mula2 menghidupkan persatuan ini, we start from zero. Tanya itu dan ini kepada staf sehinggakan mereka penat hendak menjawabnya. Biarkan mereka penat.. Yang penting kita dapat lakukan prosedur dengan betul. Kepada saf kepimpinan yang baru.. Datanglah menghadap kami untuk menimba ilmu.. Bolehlah kami berkongsi dengan anda tentang ilmu pengurusan yang tak seberapa ini.

PENGORBANAN


Pengorbanan perlu berterusan-Gambar Hiasan

Setiap kejayaan perlukan pengorbanan.. Pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang perlu dititikberatkan. Bukan untuk memberikan harta kita kepada PKI, tetapi sifat tidak berkira sangat2 diperlukan untuk membangunkan persatuan. Agak sukar untuk diterangkan di sini tentang sifat ini.. Mungkin perumpamaan ini dapat membantu..

"Seorang ibu sanggup bersusah payah untuk melahirkan anaknya"
"Seorang ayah tidak meminta upah membeli lampin daripada anaknya"

(Faham2 sendiri perumpamaan ini ye)

SERTAI PROGRAM DAN BAGI KERJASAMA

Team Building- sikap yang amat berharga

Sertailah setiap program. Paling penting ialah mengambil tahu tentang perkembangan persatuan. Jangan hanya menjadi katak di bawah tempurung yang tak tahu apa2 tentang berita disekelilingnya. Tapi kalau memang tak boleh datang tak pe la..

Jika terdapat apa2 masalah, sila bagi tahu kepada pihak pengurusan. DAN jangan buat alasan untuk adakan masalah seperti "Aku tak boleh datanglah, laptop aku rosak" dan "Aku tak boleh join pertandingan nasyid ni, kawan2 aku ajak g main futsal".. JANGAN BUAT ALASAN YANG TIDAK MUNASABAH. Hehe..

Berilah kerjasama kepada ketua anda, tidak perlu mementingkan diri. Ianya akan merugikan anda sendiri. Sekian dahulu untuk kali ini.. Pesanan sekali lagi, jika anda memerlukan bantuan khususnya kepada AJK baru, jangan segan2 meminta pandangan dan tunjuk ajar. Paling penting, jangan buat tak tahu je kalau tak tahu apa nak buat. Kita sama2 belajar ye..

Mohon ampun maaf jika tersalah bahasa dan tersinggung apabila membaca warkah ini. Warkah ini hanyalah untuk berkongsi ilmu dan nasihat-menasihati antara satu sama lain. Allah s.w.t akan bantu kita jika kita bantu agama Allah.. InsyaAllah.. Selamat menduduki final exam kepada semua. Sekian wabillahi taufik wal hidayah.. Wasalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

Yang Benar..

Muhammad Jamal Rafaie Bin Jakiran
Mantan Presiden PKI


Tuesday, October 27, 2009

Nilai Seorang Manusia


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

(Riwayat Muslim)

Definisinya disini ialah nilai setiap manusia yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Sekiranya elok tingkahlaku dan budi pekertinya maka baiklah dia pada pandangan kita dan begitulah juga sebaliknya. Namun pada pandangan Allah S.W.T selain daripada tingkahlaku dan amalan, nilai yang terpenting dalam diri seseorang individu adalah pada niat orang yang melakukan amal perbuatan itu sendiri. Maksudnya kita mestilah ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah, tanpa dicampuri dengan tujuan lain atau membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah S.W.T. Hal ini kerana, ikhlas merupakan salah satu daripada amalan hati manusia. Lawan ikhlas adalah riya’ iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan atau niat untuk menunjuk-nunjuk. Sifat ini bukan sahaja akan mengurangkan pahala malah dimurkai Allah S.W.T.


Seseorang individu yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga ataupun bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan bersungguh-sungguh. Bekerja dengan niat yang ikhlas bukan sahaja dapat membentuk nilai mulia dalam diri malahan dapat meningkatkan produktivi dan menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat. Justeru itu, ketertinggian nilai kemanusiaan dalam diri manusia itu ialah bergantung kepada sejauh mana ia menjalankan kewajipan ibadah kepada Allah. Manusia itu akan semakin jauh dari nilai kemanusiannya ketika ia semakin lepas dari kewajipannya untuk beribadah kepada Allah. Semakin jauh manusia itu dari nilai kemanusiaannya bererti semakin tidak bernilai ia sebagai manusia. Semoga kita semua berada dalam golongan manusia yang bernilai kepada agama, bangsa dan negara.


Sumber Hadith :JAKIM


Di emailkan oleh: Noor Jalilah Abdul Jalil


Along: Semoga kita sentiasa dipelihara-Nya. InsyaAllah....


Sunday, October 25, 2009

AKTIVITI : Futsal PKI Di Safira !!

Ditulis oleh Jamal Rafaie Jakiran

Assalamualaikum.. Salam semuanya.. Fuhhh.. Penat kami bermain sampai bermandi peluh dibuatnya. Safira Sport Planet menjadi saksi kepada kesungguhan kami bermain. Haha.. Antara pukul 4 hingga 6 petang (24/10/09), sekumpulan ahli PKI sertai aktiviti bermain Futsal anjuran PKI.. LAYAN... ZASS..

Al-kisah Bermulalah Kisah Di Sebuah Taman Permainan Bernama Safira..



Sekumpulan Pemuda Bergabung Membentuk Dua Pasukan Yang Dinamakan Team Far-E-ZeeN & ASRAR

Team ASRAR

Team Far-E-ZeeN


Bergambar Dulu Sebelum Sepak Mula



Aksi Bermula

video



Habislah Separuh Masa Pertama.. Adoiyai.. Penatnya..



Sambil-Sambil Rehat Main-Main Jap



Separuh Masa Kedua.. Yeahh.. Semangat2..



Dah Habis Main Dah.. Tunggu Majlis Penyampaian Hadiah Pulak



Pemenang : Team ASRAR



Pemenang Bersama : Team Far-E-ZeeN



Sebelum Balik Bergambar Dengan Hadiah Masing-Masing


...HABISSSS...

Terima kasih kepada semua yang hadir. Terima kasih juga yang tidak hadir kerana anda menyokong aktiviti ini. Teruskan perjuangan kita menegakkan syiar Islam di UiTMPP melalui kesenian. Aktiviti ini adalah permulaan kepada aktiviti bersama ahli2 PKI dalam saf kepimpinan yang baru. Diharap semua dapat memberi komitmen kepada PKI ye.. InsyaAllah semester depan kita pergi main bowling pulak.. Boleh la sume tunjuk skil baling buah kelapa ye.. Haha.. Wasalam..

Saturday, October 24, 2009

Lawak Masjid



Dihantar oleh: Mohd Arif

Admin: Klik pada imej untuk melihat imej lebih jelas. Terima kasih kepada Saudara Mohd Arif atas kesudian anda menghantar post ini.

Selamat bermain kepada Ahli-ahli PKI yang menyertai permainan futsal pada petang ini di Safira. Semoga dapat bermain dengan baik tanpa kecederaaan. Majulah sukan untuk negara!!!
hehehe...


~Along~

Friday, October 23, 2009

Tips Peperiksaan


Salam....

Selamat menghadapi peperiksaan kpd saf pimpinan pkiuitmpp.
minal taufiq wannajah fil imtihan..

nk kngsi ckit tips peperiksaan..

Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
*
Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.
*
Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
*
Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exam bermula.
*
Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
*
Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.
*
Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
*
Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
*
Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
*
Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalam penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.
*
Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
*
Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
*
Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
*
Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
*
Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
*
Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Sumber : http://sufisalafi.blogspot.com/2009/04/tips-tips-untuk-cemerlang-dalam.html

ISLAM UNTUK SEMUA

PENGUMUMAN !! JOM MAIN FUTSAL

Ditulis oleh Jamal Rafaie Jakiran


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.. Salam pertemuan buat semua.. Seinteam hubungan seerat ukhuwah.. Menyemai kasih mesra di antara kita.. Moga mendapat rahmat yang Esa..

Ha! Seperti yang dirancangkan dalam AGM yang lalu. InsyaAllah Persatuan Kesenian Islam akan mengadakan perlawanan futsal persahabatan di antara ahli2 PKI di SAFIRA. Acara ini sebagai satu aktiviti riadah persatuan disamping mengeratkan lagi ukhuwah di antara kita. Jadi, PKI menjemput semua ahli2 PKI tak kira muslimin atau muslimat ke perlawanan persahabatan ini ye..

Butir-butir tentang perlawanan persahabatan ini ialah :

TEMPAT : SAFIRA SPORT PLANET
TARIKH : 24 OKTOBER 2009 (Sabtu)
MASA : 4 - 6 PETANG

Oleh itu, kepada semua.. jangan lupa turun ramai2 ye.. Kalau boleh datang awal cikit.. Alhamdulillah..Bayaran percuma.. Pakaian menutup aurat ye.. Pakai kasut jangan kaki ayam plak.. He2.. Sebarang pertanyaan boleh hubungi ketua projek Saudara Mohd Kamarol Bin Samsuddin di talian 017-4827406. Wasalam..

Thursday, October 22, 2009

Pengumuman!!!

Assalamualaikum.

Pengumuman kepada semua MT PKI UiTMPP, ahli-ahli Far-E-Zeen dan Asrar:

Anda diminta untuk menghantar gambar persendirian anda untuk di'upload' kedalam blog. Pastikan gambar anda jelas. Sertakan nama penuh berserta jawatan/kumpulan anda.
Gambar anda bolehlah diserahkan terus kepada exco multimedia atau emailkan ke alamat:
pki_uitmpp@yahoo.com .

Pengumuman kepada semua ahli PKI dan para pembaca:

Jika anda mempunyai sebarang artikel, cerita, gambar, video atau sebarang bahan yang ingin dikongsikan bersama, jangan segan untuk menghantarkannya ke email kami, pki_uitmpp@yahoo.com . Jika bahan anda sesuai untuk diterbitkan, pihak kami akan mempertimbangkannya. Jangan lupa untuk setakan nama atau nama samaran anda. Marilah kita berkongsi ilmu demi kebaikan bersama.

Bersamalah kita memantapkan lagi persatuan ini demi mencapai objektif kita. Segala kerjasama didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Salam ukhwah, wassalam...

Tuesday, October 20, 2009

Annual Grand Meeting PKI UiTMPP

Assalamualaikum...

Pada hari Sabtu bersamaan 17 Oktober 2009, Annual Grand Meeting antara ahli-ahli Persatuan Kesenian Islam telah diadakan di BKA 0.3 buat kali ke-2. Ramai ahli yang telah menghadiri majlis ini.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis. Berikut merupakan agenda majlis:

  • Ucapan pengenalan
  • Ucapan Presiden PKI
  • Perlantikan Majlis Tertinggi Baru
  • Cadangan aktiviti untuk semester hadapan
  • Ucapan Presiden PKI Baru
  • Penutup dan bacaan doa
  • Jamuan ringan
  • Mesyuarat antara MT baru dan mantan MT
  • Bersurai
Berikut antara foto-foto yang sempat diambil sepanjang majlis berlangsung.


Ahli-ahli PKI khusyuk mendengar ucapan.
Ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis
Antara cadangan yang dikemukakan oleh salah seorang ahli PKI.

Bergambar kenangan bersama MT lama
Acara yang ditunggu-tunggu. Makan!!!
Antara hidangan yang menyelerakan. Nyummy!!!
Mesyuarat antara MT lama dan baru.
Ahli-ahli wanita


Ahli-ahli lelaki

Pandangan sisi pula ye kawan-kawan... heheh...

Sekian, Salam Ukhwah.

Wassalam.

Sunday, October 18, 2009

Apa Maksud LOGO PKI?

Ditulis oleh Jamal Rafaie Jakiran

Assalamualaikum semua.. Pada hari ini saya nak memberi tahu serba sedikit tentang maksud logo persatuan kita. Ada individu yang bertanya kepada saya tentang maksud elemen2 yang terdapat dalam logo PKI. Jadi hari ni saya nak bagi tau la.. He2..

Logo Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang

1) PENGENALAN

Logo Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang direka khas untuk membangkitkan semangat ahlinya dalam perjuangan dengan mottonya "Towards Islamic Arts Priority". Logo ini telah direka oleh Saudara Nurul Amin Bin Ahmad ataupun dikenali sebagai Awe di kalangan rakan2. Sebenarnya logo ini adalah logo kedua persatuan selepas pihak HEP menolak logo yang asal. Logo ini juga adalah diantara logo2 yang didesign oleh Awe, dan akhirnya logo yang dipilih adalah logo yang diguna pakai sekarang.

2) WARNA

Merah
Menunjukkan semangat ahli2 PKI untuk memartabatkan kesenian Islam di kampus UiTM Pulau Pinang.

Kuning
Menunjukkan ketinggian kesenian Islam.

Putih
Menunjukkan kesucian harapan dan perjuangan dalam memartabatkan kesenian Islam.

3) BENTUK-BENTUK

Perkataan "Towards Islamic Arts Priority"
Motto Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang

Perkataan "Islamic Art Association"
Nama persatuan dalam bahasa inggeris.

Lambang UiTM
Menunjukkan persatuan ini adalah persatuan yang berdaftar di bawah UiTM. Warna logo UiTM diubah untuk kesesuaian.

Bulan Sabit & Bintang Pecah Lapan
Melambangkan ciri2 geometri yang terdapat dalam kesenian Islam.

Corak Bunga
Melambangkan kesenian2 yang terdapat dalam Persatuan Kesenian Islam UiTMPP

Di sini juga saya akan tunjukkan logo asal dan logo2 lain yang ada sewaktu proses penubuhan persatuan dahulu..

Logo asal

Design2 yang lain

Sekian dulu dari saya untuk kali ini.. Diharap anda semua mendapat info yang terbaik.. Wasalam..