Friday, June 19, 2009

Skuad Baru Dalam PKI.. Jom Join..

Salam..

Sebenarnya ramai yang mengetahui PKI hanya memperjuangkan irama nasyid sahaja. Tetapi hakikatnya, banyak yang kami rancangkan dalam persatuan ini berlandaskan motto ''Towards Islamic Arts Priority''. Selain kesenian yang berunsur Islam, kami juga memperjuangkan kesenian berbentuk kemelayuan.

Bermula pada semester yang akan datang, Pasukan Kompang UiTM Penang akan diwujudkan di bawah kelolaan PKI. Hal ini adalah rentetan daripada pembelian kompang yang baru diterima pada bulan Mei yang lalu.. Pasukan Kompang UiTM Penang ini akan diketuai oleh Saudara Mohd Firdaus Bin Muslan yang bertindak sebagai koordinator pasukan. Seramai 20 orang yang diperlukan untuk mewujudkan satu pasukan kompang yang mantap.

Gambar Hiasan









Insyaalah.. PKI juga akan mengembangkan cabangnya dengan mewujudkan kelas khat yang akan dijalankan pada semester hadapan yang dikelola oleh Saudara Khalil Khir. Peserta akan mempelajari asas-asas seni khat berdasarkan modul yang telah disediakan oleh koordinator Khat PKI UiTMPP.

Gambar Hiasan..
Kami berhasrat untuk melahirkan pakar dalam bidang kesenian khat. Insyaallah..







Oleh itu, semua pelajar UiTM Penang yang berminat untuk menyertai program pembangunan kesenian ini adalah amat dialu-alukan. Nantikan kemunculannya..

Thursday, June 18, 2009

Kembara PKI: Festival Nasyid Uitm 2009 (FENU'09) part 2

Penuh kebanggaan, kesyukuran, dan kegabraan memegang nombor 1











Selamat kembali Kembara PKI..

Dalam Kembara PKI part 1 yang lalu, banyak membicarakan susah payah yang berlaku sepanjang perlajanan ke Shah Alam. Dalam siri ini pula, akan diceritakan pengalaman sewaktu pertandingan pula.

Sewaktu kami berada di dalam Dewan Sri Budiman UiTM Malaysia, Ya Allah.. Sejuknya.. Lagi mencabar diri bila kami mendapat undian pertama malam itu. Lagilah jadi sejuk..

Dengan bangganya buat latihan di tepi tasik.











Ooo ye.. Sebelum itu, kami telah mengadakan latihan di Tasik Shah Alam, ataupun kami namakan Tasik Lelabi sebab kami jumpa labi-labi di situ. First time rasanya buat latihan kat khalayak ramai.

Sekarang tibalah masa yang ditunggukan bagi para peserta, pertandingan pun bermula.. Macam yang dah diceritakan tadilah, kami yang pertama yang membuat persembahan.. Beku suara ni..


Gaya Far-E-ZeeN ketika FENU '09


.










Alhamdulillah.. Keputusan telah diumumkan.. Kami mendapat tempat kedua. Tempat pertama dimenangi oleh UiTM Perak, kedua UiTM Penang, dan ketiga UiTM Shah Alam. Masing-masing membawa pulang RM1000,RM750,RM500. Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi kami kemenangan. Semoga nama Far-E-ZeeN (kejayaan) akan terus menjadi doa untuk kecemerlangan yang akan datang. AMEEN..

Alhamdulillah.. Far-E-ZeeN tempat kedua













GAMBAR KENANGAN PARA PEMENANG BERSAMA TNC UiTM

Dari kiri : UiTM Shah Alam (Ketiga),UiTM Perak (Johan), UiTM Penang (Naib Johan)

*Nantikan Kembara PKI part 3.. Insyaallah..

Tak Sabar Nak Tunggu Alat Muzik Baru ni..

Sewaktu berada di kedai muzik

Assalamualaikum..
Mesti anda tertanya-tanyakan siapakah yang berada dalam gambar di atas kan? Tak lain dan tak bukanlah saudara Khalil Khir, vokalis kumpulan Far-E-ZeeN.

Gambar ni sebenarnya diambil sewaktu kami ke kedai muzik di sekitar Butterworth untuk mencari alatan muzik yang baru untuk persatuan kami. Maklumlah alat muzik yang lama dah uzur.

Alhamdulillah.. Proses mencari quotation dah selesai. Sekarang tunggu Local Order(LO) siap je. Lepas ni boleh la nak guna perkusi yang baru. Penat jugalah nak cari quotation tu, nak dekat satu semester dah. Barulah kami rasa betapa mencabarnya kalau nak mencapai sesuatu kejayaan.

Antara alat-alat yang akan dibeli ialah:
  1. Triple Conga with Stand
  2. Triple Bongo with Stand
  3. Headless Tambourine 10’’ with Double Row Jingle
  4. Metal Shaker
  5. Djembe
  6. Bar Chime with Stand
  7. Egg Shaker
  8. Doumbeks with Carrying Bag
  9. Cowbell
  10. Cabassa
  11. Drabuka
  12. Agogo Bell
  13. Snare Drum
  14. Triangle
  15. Kayu Tik-Tok
  16. Rainstick
  17. Cajon
(Sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Ameen)