Thursday, September 24, 2009

PERGINYA SEORANG PAHLAWAN.. Al-Fatihah.

Bergambar kenangan ketika menyampaikan cenderahati di Malam Aspirasi Islam.
Dari kiri: Fitri(UNIC), Allahyarham Prof Madya Ahmad, Jamal(Far-E-ZeeN)

Pada ketika itu saya sedang memandu kereta ke Kota Kemuning,Shah Alam untuk menghadiri satu majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri. Saya mendapat mesej daripada seorang kenalan yang menyatakan TP HEP UiTM Pulau Pinang telah meninggal dunia. Berita ini diterima dengan perasaan yang terkejut dan redha. Prof Madya Ahmad Bin Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UiTM Pulau Pinang telah kembali ke rahmatullah pada 21 September 2009 bersamaan 2 Syawal 1430H disebabkan serangan jantung.

Apa yang ingin saya coretkan di sini ialah saya begitu terharu dengan sumbangan dan pertolongan Allahyarham kepada Persatuan Kesenian Islam. Teringat sewaktu arwah mula-mula bertugas dahulu, persatuan inilah yang pertama arwah luluskan dan sangat meminati perkembangan persatuan ini. Dari meluluskan persatuan sehinggalah alat muzik baru persatuan ini telah diperolehi, beliaulah yang banyak membantu kami.

Kenangan sewaktu kami (Far-E-ZeeN & ASRAR) mengadakan persembahan nasyid yang disertai beliau ketika itu akan kami simpan selamanya. Saya sekadar dapat sempat melawat ke rumah Allahyarham kerana ketika itu jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan di Klang. Banyak lagi yang mahu saya tuliskan di sini tetapi ruangan tidak mengizinkan.

AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM PROF MADYA AHMAD BIN ISMAIL.. SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH SERTA DITEMPATKAN DI TAMAN-TAMAN SYURGA.. AMEEN..

*Dicoretkan oleh Jamal Rafaie Jakiran


Monday, September 21, 2009

The Travel Of Islamic Art

Selamat Hari Raya kepada semua...

Maaf kerana lambat post tentang event ni..ramai tak sabar2 tunggu post ni kan? ^_~
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
ok~

Hari 1 (29/8/2009 - Sabtu)

Kami bertolak dari kampus pada jam 9.00 pagi dan sampai ke Muzium Kesenian Islam tepat jam 2.00 petang. Setibanya di sana, kami disambut oleh 2 orang pegawai sambil membawa kami masuk ke dalam galeri-galeri yang ada di muzium tersebut. Terdapat pelbagai khazanah berharga yang kami sendiri tidak pernah lihat. Malangnya, biasalah dalam muzium tak boleh bergambar. Sekadar di ruang legar utama sahaja yang dibenarkan.

tengah dengar taklimat dalam dewan di Muzium Kesenian Islam
dari kiri : Khudhairi, Auwis, Abid, Safiuddin


Kubah terbalik: salah satu kubah yang ada di dalam muzium

Kenangan: bergambar di hadapan muzium

Far-E-ZeeN

Dalam pukul 4.30 petang, kami solat qasar jama' ta'khir asar-zohor di Masjid Negara hadapan muzium. Kemudian kami bertolak ke tempat penginapan kami di Bangi Lanai Hotel, Bangi, Selangor. Di pertengahan perjalanan, kami singgah di bazaar Ramadhan di PKNS Bangi untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa.

Pada sebelah malam pula, kami bertolak ke Masjid Putrajaya untuk menunaikan solat Isyak dan Solat Sunat Tarawikh berjemaah. Ada di antara kami baru kali pertama menjejakkan kaki ke masjid tersebut.

Di hadapan Masjid Putrajaya

Hari 2 (30/8/2009 - Ahad)

Sebelum pulang, kami singgah di Taman Rama-rama, Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi. Disebabkan baru lepas hujan, rama-rama kurang kelihatan di taman tersebut. Tapi pemandangan di dalam taman sangat cantik. Kami sempat bergambar di dalam.

di dalam taman rama-rama

salah satu rama-rama yang kami jumpa

Far-E-ZeeN bersama manager baru, Khudhairi (kiri sekali)

Pernah tengok mat bunga tak? Ini dia pula, MAT RAMA-RAMA

Saya tengah syok bergambar sampai tak perasan ada juga 3 orang kat belakang tu....
mengendap apa pun tak tahu..



Setelah itu, kami pun pulang ke kampus. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di R&R mana entah, saya pun tak ingat. Di R&R tersebut ada pameran terbuka sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54.

.. 1Malaysia..

Saya mewakili MT PKI mengucapkan tahniah dan syabas kepada Saudara Arif dan seangkatan dengannya kerana berjaya menjalankan TToIR ini. Ribuan terima kasih juga kepada saudara saudari yang sudi mengikuti lawatan ini. Diharap lawatan ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Thursday, September 10, 2009

Percussion Baru dah Sampai!!!

Salam ramadhan buat semua pelawat setia blog kami ini. Pada petang semalam (lebih tepat jam 2.40 petang hari Rabu, 9 Seeptember 2009) alat-alat percussion yang kami tunggu selama lebih setahun akhirnya sampai. Setelah melalui pelbagai proses yang 'memenatkan' akhirnya usaha keras kini berhasil. Mr Lim, pengusaha kedai alatan muzik menghantar alat-alat tersebut menggunakan kereta Naza Ria. Terkejut juga kami. Pada sangkaan kami alat tersebut dihantar menggunakan lori memandangkan banyak alat yang kami tempah.

Kami menghadapi masalah ketiadaan tempat untuk meletakkan alat percussion tersebut. Tetapi, setelah berbincang dengan YDP MPP UiTMPP, beliau bersetuju untuk menumpangkan alat-alat tersebut di bilik gerakan MPP.

Saudara Jamal dan Fitri bersama alat-alat muzik baru

Percussion baru

Alhamdulillah, kami berharap dengan adanya alat-alat percussion baru ini pelajar UiTMPP khususnya ahli PKI sendiri lebih bersemangat untuk menghidupkan budaya nasyid iaitu berdakwah sambil berhibur.