Sunday, December 20, 2009

Sepatah dua kata dari Along.

Assalamualaikum...

Selamat kembali sahabat PKI UiTMPP. Tidak lama lagi, kampus akan dibuka. Pastinya blog ini tidak lagi sunyi seperti sekarang. Bagaimana persediaan anda menghadapi semester berikutnya? Semoga kita dapat memperbaiki kelemahan kita berbanding semester lalu. Dengan azam yang baru, wajah baru, kasut, beg dan baju sekolah baru (eh, ada jugak ke?) pastinya kita akan lebih bersemangat untuk menimba ilmu bagi mencapai kejayaan yang kita impikan.

Bagaimana result semester lalu? Tahniah diucapkan kepada sahabat yang berjaya mencapai target yang diimpikan. Tapi jangan anda terus hanyut dengan kejayaan anda. Bersukurlah kepada Allah. Semoga Allah akan terus memberikan kejayaan bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga, InsyaAllah... Kepada yang kecewa, janganlah terus kecewa. Kerana pastinya ada hikmah disebaliknya. Mungkin Allah ingin menguji tahap keimanan kita. Semoga kita terus mengingati-Nya. Dan Allah akan memberi kejayaan yang setimpal dengan usaha yang kita lakukan.

Sampai disini sahaja. Semoga kita bertemu lagi di kampus nanti, insyaAllah.
Salam sahabat,
Along.



Along: Perlukan beberapa orang housemate. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawat blog Along. Klik disini. Terima kasih.

Tuesday, December 08, 2009

Gunung sebagai Pasak - Keajaiban Ilmiah Al Qur'an

Post ini diambil dari http://www.al-habib.info/review/al-quran-gunung-sebagai-pasak.htm

Sebuah buku berjudul Earth adalah buku pegangan rujukan di banyak universitas di seluruh dunia. Salah seorang pengarangnya adalah Profesor Emeritus Frank Press. Ia adalah Penasehat Ilmu Pengetahuan dari mantan Presiden Amerika Jimmy Carter dan selama 12 tahun menjadi presiden dari National Academy of Sciences, Washington, DC. Buku tersebut menyatakan bahwa gunung-gunung mempunyai akar di bawah mereka. Akar ini menghunjam dalam, sehingga seolah gunung-gunung mempunyai bentuk bagaikan pasak (lihat gambar di bawah).

Gunung-gunung memiliki akar yang dalam di bawah permukaan tanah. (Earth, Press dan Siever, hal. 413)

Bagan potongan melintang. Gunung-gunung, sebagaimana pasak, memiliki akar yang menghunjam di bawah tanah. (Anatomy of the Earth, Cailleux, hal. 220)

Beginilah Al Qur'an menjelaskan tentang gunung-gunung. Allah berfirman:

أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا

Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak? (An Naba', 78: 6-7)

Ilmu bumi moderen telah membuktikan bahwa gunung-gunung memiliki akar di dalam tanah dan akar ini dapat mencapai kedalaman yang berlipat dari ketinggian mereka di atas permukaan tanah. Jadi, kata yang paling tepat untuk menggambarkan gunung-gunung berdasarkan informasi ini adalah kata "pasak" karena bagian terbesar dari sebuah pasak tersembunyi di dalam tanah. Pengetahuan semacam ini, tentang gunung-gunung yang memiliki akar yang dalam, baru diperkenalkan di paruh kedua dari abad ke-19.

Sebagaimana pasak yang digunakan untuk menahan atau mencencang sesuatu agar kokoh, gunung-gunung juga memiliki fungsi penting dalam menyetabilkan kerak bumi. Mereka mencegah goyahnya tanah. Allah berfirman:

وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَارًا وَسُبُلًا لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk. (An Nahl, 16:15)

Maha Benar Allah yang Maha Agung. Subahannallah~

Oleh :

Muhammad Khalil bin Mohd Khir

Mantan Setiausaha

Persatuan Kesenian Islam UiTMPP

Wednesday, December 02, 2009

Tunjukkan Daku Jalan Yang Lurus

Ditulis Oleh Jamal Rafaie Jakiran



Dengan Menyebut Nama Mu Ya Allah
Yang Maha Pengasih Penyayang
Segala Puji Bagi Mu Ya Allah
Pemelihara Seluruh Alam Raya
Engkaulah Maha Pengasih Dan Penyayang
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah Kepada Mu Kami Menyembah
Dan Pada Mu Kami Mohon Pertolongan
Tunjukkanlah Kami Ke Jalan Yang Lurus
Jalan Orang-Orang Yang Kau Beri Nikmat
Bukan Jalan Mereka Yang Engkau Murkai
Dan Bukan Pula Jalan Mereka Yang Sesat
(Surah al-Fatihah)

Surah seribu satu makna yang merangkumi keseluruhan Al-Quran. Surah ini juga menjadi rukun yang wajib dibaca di dalam solat.

Ummul Kitab..

Di dalam surah ini, Allah s.w.t menunjukkan kekuasaan-Nya di alam semesta ini dengan mengatakan-Nya Yang Menguasai Seluruh Alam Raya. Allahu Akbar!! Adakah kita sedar, Allah s.w.t menurunkan ayat ini adalah sebagai bonus kepada kita? Setiap kali manusia membacanya di dalam solat, maka secara tidak langsung kita berdoa kepada Allah s.w.t agar ditunjukkan jalan yang lurus.


Allah s.w.t mengurniakan surah Al-Fatihah kepada hamba-Nya berdasarkan firman-Nya:

“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.”
(Q.S. Al Hijr 15: 87).

TUNJUKKAN DAKU JALAN YANG LURUS


Setiap hari kita berdoa kepada Allah untuk menunjukkan jalan yang lurus. Jalan yang Allah redhai iaitu Islam. Jalan yang Kau beri nikmat bermaksud jalan yang telah ditunjuk Allah kepada hamba-Nya yang diberi nikmat Iman dan Islam. Manakala jalan yang dimurkai Allah ialah cara hidup orang2 jahiliah dahulu dan sekarang iaitu penyembah berhala dan syirik kepada Allah, Nauzubillah..

AL-FATIHAH DALAM IRAMA NASYID

Terdapat lagu-lagu nasyid yang berkisahkan surah Al-Fatihah ini. Di sini saya hanya dapat menyenaraikan 2 buah lagu kerana itu sahaja yang terdapat simpanan saya.

1) Senandung Al-Fatihah
-Nur Irsyad

2) Hanya PadaMu
- Snada

Kepada rakan-rakan yang mengetahui tentang lagu-lagu berkaitan Al-Fatihah, boleh lah berkongsi bersama ye.. Wasalam..

Dari :

Muhammad Jamal Rafaie Bin Jakiran
Mantan Presiden
Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang

Monday, November 30, 2009

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Assalamualaikum...

Maaf dipinta kerana telah lama Along tak update blog ini dan dah banyak sangat sawang. Almaklumlah, keadaan tak mengizinkan Along rajin menebalkan kornea mata menghadap blog kesayangan Along nieh. Namun, terima kasih diucapkan kepada Saudara Jamal kerana telah beberapa kali membersihkan sawang disini.. syukran Saudara Jamal. Kalau nak harapkan Along, huh! tak berani nak cakap... (uit! panjang la pula mukadimah ni...) Ok2, tanpa melengahkan masa, ayuh kita terus ke entry terbaru blog PKI ni.

Sahabat, kawan, rakan, teman (bukan teman istimewa yeee) dan pelbagai gelaran lagi.. belum lagi campur bahasa Inggeris: friends, pals (betul ke eja ni erk? hehe) dan sebagainya. Memang terlalu dekat dengan kita. Kadang-kadang, impak seorang rakan saja mampu mengubah sikap seseorang. Terpulang berubah kearah positif atau sebaliknya. Kitalah yang perlu menilai dan menjaga diri sendiri. Oleh itu, kita perlu bijak dalam memilih kawan.

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Di sini, Along ingin sertakan sebuah lagu dari kumpulan UNIC. Along suka sangat lagu ni. Sape yang kenal Along memang tau la lagu ni sentiasa jadi ringtone Along. (adoi! ini pon nak cakap ke?)

KAWAN

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Sampai di sini sahaja, wassalam...
~Along~

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha !!

Wahai Kaum Muslimin!!
Bersiap Sedialah Anda Ke Medan Peperangan!!
Sediakan Parang Dan Juga Tali!!
Kerjakan Lembu Kat Bawah Nii!!


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas:

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Ikhlaskan Niat Kerana Allah
Moga Korban Diterima Ilahi
Daging Korban Sama Dilapah
Hari Raya Sama Dirai

Daripada:

PERSATUAN KESENIAN ISLAM UiTM PULAU PINANG

Tuesday, November 24, 2009

Pesanan Opick Kepada Inteam

Ditulis Oleh Jamal Rafaie Jakiran

Inteam bersama Opick

Assalamualaikum.. Selamat bercuti kepada semua. Sewaktu membuka blog ni, terasa macam nak menulis je untuk PKI. Sedih gak kalau tengok blog ni ber'sawang' pulak kan. Nak dijadikan kisahnya, sewaktu musim final exam hari tu, saya bercadang nak menyaksikan Konsert Amal Opick Dan Inteam (anjuran Islamic Relief kalau tak silap) yang diadakan di Dewan TNB Abdullah Hukum Kuala Lumpur. Tapi tak ada rezeki nak pergi di atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. InsyaAllah.. Ada rezeki boleh pergi lagi kan?

Pagi ini (24/11/09) saya membuka blog akhi Amin Inteam, saya lihat ada perkara menarik yang dapat dikongsikan bersama. Hal ini mungkin juga dapat dijadikan iktibar kepada sesiapa sahaja yang berdakwah melalui hiburan khususnya dan umat Islam amnya.

SIAPAKAH OPICK?

"Aunur Rofiq Lil Firdaus atau nama kecilnya Opick (lahir di Jawa Timur, 16 Mac 1974 berumur 35 tahun) merupakan seorang pencipta lagu dan penyanyi nasyid Indonesia.

Album pertamanya ialah Istighfar yang diterbitkan pada tahun 2005. Sebulan setelah dipasarkan, album ini mampu mencetak double platinum dengan penjualan lebih dari 300 ribu unit. Dalam album tersebut, Opick memasukkan lagunya yang berjudul "Tombo Ati" ke dalam album solonya. Sebelumnya, Opick memasukkan lagu itu ke dalam album kompilasi "Tausiyah Dzikir dan Nasyid". Album "Istighfar" berjaya di pasaran, hingga menembus lebih dari 800 ribu unit dan mendapat penghargaan lima platinum sekaligus. Kerana sumbangannya dalam lagu nasyid, Opick dinobatkan sebagai duta group musik Islami Nasyid oleh lembaga ANN (lembaga nasyid nusantara).

Tahun 2006 insan yang mengaku pernah menyanyikan memiliki band yang membawakan lagu-lagu rock itu menerbitkan album keduanya berjudul "Semesta Bertasbih" (2006). Dalam album tersebut terdapat sepuluh lagu, diantaranya Taqwa, Irhamna, akdir, Teranglah Hati, 25 Nabi, Semesta Bertasbih, Bismillah, Satu Rindu, Buka Mata Buka Hati dan Ya Rasul. Sebagai lagu hit dalam album tersebut adalah Takdir yang dinyanyikannya bersama Melly Goeslaw. Selain dengan Melly, Opick juga berduet dengan, remaja yang berprestasi sebagai qoriah cilik internasional terbaik dalam lagu "Yaa Rasul". Ada pula kolaborasi Opick dengan grup nasyid Pandawa Lima di lagu "Teranglah Hati". Bulan Ogos 2006, tak lama setelah melancarkan album kedua, Opick mengeluarkan buku berjudul ", OpickOase Spiritual Dalam Senandung"."

(Sumber: Wikipedia dan saya olah sedikit bahasa indonesianya)


Seorang penyanyi Indonesia yang berhijrah dari dunia rock ke dunia nasyid. Beliau juga pencipta lagu 'Dealova' dan terkenal dengan lagu Alhamdulillah, Satu Rindu dan lain-lain lagi. Setiap kata-katanya yang keluar dari mulutnya merupakan bait-bait puisi, falsafah dan kata-kata hikmah yang boleh dijadikan pedoman bersama.

NASIHAT OPICK


"Teruskanlah perjuangan kalian dalam dakwah melalui seni ini walaupun hanya tinggal seorang yang mendengar lagu kalian"
(Pesanan Opick kepada Inteam)

Menurut Akhi Amin, Opick berpesan "kita tidak boleh memaksa atau mengawal secara menyeluruh anak-anak kita melihat dan mendengar apa-apa yang dihidangkan dunia hiburan melalui corong radio dan televisyen, tetapi kita perlu menyediakan alternatif bagi mereka supaya mereka tahu ada juga hiburan dan seni yang baik dan membawa nilai positif serta mendekatkan diri kepada mengingati Allah dan mencintai Rasulullah S.A.W."

Saya bersetuju dengan kata2 tersebut. Setiap pendakwah tidak boleh menyerah kalah dan berputus asa dengan apa yang diusahakannya. Dakwah melalui seni memberi satu alternatif kepada umat manusia.

Setiap yang dilakukan oleh seorang Islam adalah dikira sebagai ibadatnya. Jadi, apa salahnya apabila kita hendak berhibur pun, kita balikkannya kepada Allah s.w.t. Seronok dapat, iman pun bertambah, InsyaAllah..

Bagi anda yang hendak mengetahui cerita yang selanjutnya, boleh la mengunjungi blog Akhi Amin Inteam di sini. Terima kasih kepada Akhi Amin kerana sudi berkongsi pesanan ini kepada semua. Wasalam dan selamat bercuti..

Dari :

Muhammad Jamal Rafaie Bin Jakiran
Mantan Presiden
Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang

Thursday, November 12, 2009

Pencalonan Anugerah Persatuan/Kelab Pelajar Cemerlang 2009

Ditulis oleh Jamal Rafaie Jakiran

Buku pencalonan PKI

Assalamualaikum.. Segala puji bagi Allah s.w.t dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Alhamdulillah.. Final exam sudah hampir sampai ke penghujungnya, ada yang pakat2 balik dah pun. Sebelum kita mengakhiri semester ini, baiklah jikanya saya megumumkan kepada semua ahli Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang tentang perkembangan persatuan ketika ini.

Pada musim exam ini, saya dan Fitri telah menyiapkan laporan lengkap tentang aktiviti2 yang telah dijalankan oleh persatuan kita sepanjang tahun 2009 ini. Laporan ini bertujuan untuk membolehkan PKI dicalonkan sebagai persatuan pelajar cemerlang 2009 peringkat UiTM Semalaysia kategori kesenian dan kebudayaan.

Aktiviti2 yang dilaporkan dalam buku pencalonan ini ialah:

1)Malam Aspirasi Islam (UNIC)
2)Festval Nasyid UiTM Se-Malaysia (FENU '09)
3)Persembahan Far-E-ZeeN di Masjid Teluk Air Tawar
4)Festival Nasyid Selatan (Fenas 09-Kembara Kasih Ilahi)
5)Pertandingan Nasyid Piala Naib Canselor Universiti Utara Malaysia 2009
6)The Travel Of Islamic Art 2009
7)Malam Aspirasi Islam 2 (Inteam)
8)Pertandingan Nasyid Piala Pengarah Kampus UiTM Penang (UniFes_09)
9)Persembahan Far-E-ZeeN di Majlis Anugerah Dekan FKM
10)Pertandingan Nasyid EKUUM Ke-22

Antara yang terkandung di dalam buku pencalonan*

Sebenarnya, banyak lagi aktiviti PKI yang boleh diketengahkan untuk dicalonkan. Tetapi akibat masalah dokumentasi yang tidak lengkap seperti tiada surat jemputan dan gambar, menyebabkan kita hanya dapat menyediakan laporan yang agak terhad. Walaubagaimana pun, pihak HEP berpuas hati dengan laporan tersebut dan laporan ini telah selamat dihantar pada 11.11.09 jam 12.39 p.m di Unit Aktiviti HEP UiTM Pulau Pinang.

Sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk pencalonan ini. Pencalonan ini bukannya untuk menunjukkan diri tetapi ianya sebagai flatform kepada PKI untuk lebih bersemangat dalam berdakwah melalui kesenian di kampus kita ini. InsyaAllah..

*Maaf gambar agak kabur, kamera masalah, hehe.. Terima kasih kepada Saudara Fitri di atas sumbangan printer yang telah banyak berjasa. InsyaAllah.. Allah akan membalas berlipat kali ganda. Ameen..

Nasyid bukan Lagu Jiwang!

Oleh:Along Fahami dan hayati...

A: Wey, jom kite gi tengok konsert kat lp..

B: Tak nak laa, sori la aku tak layan lagu-lagu jiwang ni.


Ini adalah perbualan yang sahabat saya terdengar semasa konsert aspirasi semester lalu. Dengar cerita konsert ini mendapat sambutan yang baik bukan sahaja dari warga uitm sendiri malah dari pihak luar juga. Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur. Terkilan rasanya tak dapat pergi ke konsert tu. Saya mohon maaf kerana tak dapat menghadiri konsert tersebut kerana ada komitmen terhadap trip assingment.

Berbalik kita kepada perbualan dua orang siswa ni. Huh..pelik saya fikirkan kat mane jiwangnya tu.. saya rasa mesti dia tak menghayati bait-bait lagu nasyid, tak pernah dengar lagu nasyid dan tersalah ertikan mesej lagu. Mungkin kerana rentak dan irama nasyid yang kadang kala sentimental, tapi tak semua lagu, ada juga yang rancak. Contohnya lagu az-ziarah(in team), satu kiblat yang sama(rabbani) dan banyak lagi.. irama nasyid berentak sentimental adalah mengikut kesesuian bait-bait lagu dan bagi memastikan mesej yang diterapkan, berjaya disampaikan. Contohnya lagu pemergianmu(in team) yang berkisar saat-saat kewafatan Rasulullah, Hamzah asadullah(in team) berkisar pejuang islam di zaman Rasullulah, Sumayyah(hijjaz) pula berkisar hamba yang sanggup mati demi menegakkan syiar islam dan banyak lagi. Secara umumnya, tema nasyid ini berkisar nilai islam, iman dan syariat, pendek kata lengkap dan menyeluruh merangkumi semua aspek yang boleh dijadikan tauladan buat umat Nabi Muhammad.

Nasyid adalah salah satu cabang seni islam juga merupakan alunan muzik yang bertemakan ketuhanan dan keislaman serta memberikan manfaat kepada para pendengar. Tugas sebagai penyanyi nasyid bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Hal ini kerana, bukan mudah untuk menyampaikan mesej yang terdapat dalam lagu tersebut. Penghayatan dan menjiwai lagu yang disampaikan adalah antara aspek penting dalam mendendangkan sesebuah lagu. Saya masih ingat lagi komen dan pesanan yang disampaikan oleh Hazamin In Team semasa pertandingan nasyid unifes pada 8 Ogos yang lalu, beliau memberitahu bahawa antara elemen penting dalam pembawaan lagu adalah penghayatan dan mimik atau riak muka penyanyi haruslah selaras dengan penceritaan dan mesej lagu yang dibawakan.

Contohya kalau lagu itu berkisar saat kewafatan Rasulluluh, penyanyi itu haruslah menunjukkan emosi sedih, tak kan gembira plak kan, tak sesuai la. Lihat sahaja wajah Shahril dalam klip video lagu pemergianmu, begitu emosi dan sedih sehingga membuatkan saya rasa tersentuh, hiba, dan turut merasa sedih di atas kewafatan Rasulullah.

Macam mana penonton nak menghayati dan berkongsi rasa sesuatu lagu tu dengan baik, kalau penyanyi itu sendiri tak menjiwai lagu yang disampaikan. Ini bermakna penyanyi tersebut bukan sahaja telah gagal menyampaikan mesej sebenar lagu itu malah gagal dalam pembawaan lagu.

Saya masih ingat lagi suatu ketika dahulu kumpulan nasyid rabbani pernah di kritik kerana irama lagu yang dibawakan kurang menggunakan peralatan tradisional seperti Raihan. Namun begitu, bagi saya pembaharuan yang dilakukan oleh Rabbani adalah wajar dan seiring dengan era teknologi yang semakin canggih. Rasanya tak salah kalau mereka ingin memanfaatkan kemajuan teknologi dalam irama nasyid asalkan tak lari dari misi dan visi sebenar irama nasyid. Kelainan irama nasyid yang ditonjolkan oleh Rabbani sememangnya mendapat sambutan dari segenap lapisan umur. Tengok sahaja hasilnya, banyak anugerah yang berjaya diraih, antara anugerah yang sering dimenangi hampir setiap tahun adalah kumpulan nasyid paling popular(ABP Berita Harian) dan banyak lagi. Bukan ganjaran dunia semata-mata yang dikejar oleh mereka tapi yang paling penting adalah ganjaran pahala kerana memperjuangkan syiar Islam menerusi elemen hiburan. Tapi bukan hiburan yang melalaikan.

Menerusi lagu-lagu nasyid, kita bukan sahaja boleh mengetahui sejarah kisah di zaman para nabi dan rasul malah boleh meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t. serta meningkatkan kualiti ketertinggian nilai insan. Yang penting, bila dengar lagu nasyid tu, jangan dengar sahaja tapi hayatilah supaya kita tak tersalah tafsir mesej yang ada dalam lagu tersebut. Ini adalah realiti dan benar-benar telah berlaku, dimana lagu lafaz yang tersimpan (unic) telah disalah ertikan oleh kawan saya. Dia menggangap lagu tu tentang kisah percintaan dua insan kekasih. Dimana seorang kasih tak dapat meluahkan cinta pada orang yang dikasihinya. Tapi sebenarnya lagu tersebut berkisar kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapanya, di mana kesukaran seorang anak untuk meluahkan rasa dan menuturkan sayang terhadap ibu bapa. Pengajarannya, kita mesti menghargai ibu bapa dan melafazkan rasa sayang kita kepada mereka selagi mereka masih bernafas. Itu sahaja!

Dalam konteks ini, kita tidak seharusnya menyalahkan penyanyi semata-mata. Pendengar juga harus bijak membuat penilaian dan pentaksiran, tak kiralah sama ada maksud lagu tu tersurat mahupun tersirat. Memang tak dinafikan, penerimaan seseorang individu terhadap sesebuah lagu adalah berbeza dan mengikut perspektif masing-masing.

Kesimpulannya, penyampai lagu dan pendengar harus memahami dan menghayati mesej lagu nasyid mengikut perspektif agama dan syariat. Jangan tersesat. Akhir bicara, saya ingin memohon maaf sekiranya terlanjur bahasa atau tersalah kata. Saya bukanlah insan yang pakar dalam lagu nasyid, saya hanyalah salah seorang peminat lagu nasyid yang hanya sekadar ingin berkongsi pendapat.

-Semoga roh pejuang nasyid terkenal (Allahyarham ustaz asri, vokalis rabbani) ditempatkan bersama-sama dengan insan beriman..

-Terlebih cerita pasal Rabbani ni mengingatkan pulak saya di zaman persekolahan dulu, pernah la masuk pertandingan nasyid dapat nombor 3, nyanyi plak lagu Rabbani berjudul Assalamualaikum..mmg tak sangka, haha..

Email daripada:Noor Jalilah Abdul Jalil

Saturday, November 07, 2009

Pengenalan Suara

Diambil dari blog FarEast (http://www.fareastnasyeed.blogspot.com)

Suara adalah getaran yang diproses oleh udara daripada paru-paru melalui selaput suara ke rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu.


Tujuan Mengalunkan Seni Suara
1. Dapat memberi kefahaman kepada para pembaca dan pendengar tentang kecantikan dan keindahan Kalimatullah.
2. Dapat menghayati ketinggian uslub-uslub Al-Quran.
3. Dapat memahami maksud ayat-ayat Al-Quran serta dapat beramal dengannya.


Mengenal Sifat-Sifat Suara
Sifat-sifat suara terbahagi kepada 4 kategori :-

A. Suara terbaik, (ianya mempunyai 11 sifat)
1. Ketepatan nada
2. Tinggi
3. Rendah
4. Garau
5. Lembut
6. Manis
7. Licin
8. Bersih
9. Terang
10. Lantang
11. Tajam

B. Suara baik, (ianya mempunyai 10 sifat)
1. Ketepatan nada
2. Sederhana
3. Rendah
4. Garau
5. Lembut
6. Manis
7. Licin
8. Bersih
9. Terang
10. Lantang

C. Suara kurang baik, (ianya mempunyai 9 sifat)
1. Ketepatan nada
2. Tinggi
3. Kecil
4. Lembut
5. Manis
6. Licin
7. Bersih
8. Terang
9. Tajam

D. Suara tidak baik, (ianya mempunyai 12 sifat)
1. Sumbang
2. Nipis
3. Lembab
4. Lemah
5. Keras
6. Serak
7. Pecah
8. Parau
9. Terketar-ketar
10. Tenggelam
11. Tersepit
12. Tercekik

# Suara yang termasuk dalam kategori yang pertama, kedua dan ketiga, adalah dikira istimewa dan senang untuk mempelajari Al-Quran.
# Suara yang termasuk dalam kategori yang keempat, adalah dikira suara yang bermasalah iaitu perlu diubahsuai, diperbaiki dan memerlukan jangka masa yang agak panjang. (tapi tak salah untuk kita cuba,tul tak…???)


Mengenal Thobaqat Suara
Dalam bidang tarannum al-Quran, lazimnya menggunakan 4 thobaqat suara sahaja :

1. Thobaqat pertama, Qarar.. ianya berfungsi di dada.
2. Thobaqat kedua, Nawa.. ianya berfungsi di tekak.
3. Thobaqat ketiga, Jawab.. ianya berfungsi di rongga hidung.
4. Thobaqat keempat, Jawabul Jawab.. ianya berfungsi di rongga otak.


(Untuk lebih mantap lagi, anak-anak didik beta hendaklah mempelajari sistem proses nada iaitu,” DO-RE-MI-FA-SO-LA-TI-DO”. Ianya berlaku pada tiap-tiap thobaqat suara).


Peranan Suara
Apakah peranan suara dalam bidang Al-Quran??? Tuan hamba semua nak tau x??? hehe..biar beta bgtau k..huhu…

1. Menentukan makhraj huruf dan sifatnya dengan betul.
2. Menentukan nada dan irama.
3. Menentukan seni bacaan/persembahan bacaan.
4. Memelihara nikmat kurniaan Allah.
5. Memberikan penyesuaian dengan ragam ayat-ayat A-quran.
6. Memberikan penyesuaian dengan lahjah Arab.

Bersambung..

Monday, November 02, 2009

Salahkah Kami 'demand'?

Ditulis oleh Jamal Rafaie Jakiran

Juara NMI 2009

Salam semua.. Di kala suasana final exam ini masih terasa dengan hangatnya. Saya ingin mencuri sedikit masa menulis sedikit perkongsian. Alhamdulillah.. Allah s.w.t masih memberi peluang untuk kita menikmati nikmat Allah Yang Maha Pemurah ini. Sebagai permulaan, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada 'akhi2' Inteam di atas kemenangan mereka menggondol 3 anugerah Nasyid Minggu Ini (NMI) iaitu:

1)Juara Anugerah NMI
2)Lagu Nasyid Paling Popular
3)Kumpulan Nasyid Paling Popular

Anugerah disampaikan di Dewan B, Putrajaya International Convention Centre (PICC), dianjurkan oleh JAKIM bersempena dengan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2009.

Bagi pengetahuan semua yang masih belum mengetahui, kemenangan ini disifatkan sebagai kemenangan yang mengecewakan oleh Inteam melalui blog akhi Hazamin yang bertajuk "JUARA YANG KECEWA". Saya sebagai insan yang terlibat dengan kumpulan nasyid juga dapat merasai apa yang dirasai oleh akhi2 Inteam ini. Begini ceritanya...

Petikan dari blog akhi Hazamin Inteam :

"Kami akui majlis ini memang memberi sokongan dan bantuan kepada kami dan kami hargainya.. tetapi, cara penganjur menyelitkan kami dalam sebuah program sebenar iaitu Festival Nasyid Kebangsaan sangat-sangatlah menyentuh hati kami dan ianya lebih teruk berbanding tahun-tahun yang lalu...

Bayangkan, hanya pengerusi majlis yang manyampaikan award kepada kami sedangkan Menteri menyampaikan award kepada peserta FNK... dari segi protokol saja sudah jelas kesilapannya...

Paling mengecewakan ana apabila mic ana tak berbunyi dan mic-mic yang diberikan kepada kami adalah mic 2nd class dengan bunyi yang tidak kuat, bahkan menurut frizdan, mic ana hanya berbunyi di speaker monitor untuk bahagian awal persembahan...

Sedangkan kami telah menunjukkan komitmen dengan datang sewaktu soundcheck sehari sebelum event dan memang waktu itu kami diberikan mic yang baik dan soundnya juga cukup memuaskan hati kami...

Ana dengan semangat membara cuba untuk membuat persembahan terbaik pada malam tersebut kerana kami merupakan juara carta dan juara lagu paling popular, ana sudah memaklumkan kepada soundman bahawa ana akan mula dulu jadi pastikan mic ana berfungsi dengan baik, tapi sebaliknya yang terjadi... Ana sangat kecewa dan sedih... Bayangkan show kami dan imej kami jadi tercalar dibandingkan dengan peserta-peserta lain yang menyampaikan lagu mereka dengan hebat sekali... Pasti ada hadirin yang menyatakan " macam ni ke persembahan juara carta, juara lagu paling popular dan kumpulan nasyid paling popular..." pastinya tidak semua yang akan mengetahui tentang masalah teknikal yang dihadapi...

Lebih mengecewakan, apabila kumpulan-kumpulan nasyid yang menjuarai kategori-kategori bagi NMI langsung tidak dipelawa naik ke pentas atau bersama-sama ketika fotografi wartawan berlangsung, hanya kami dapat melihat dari tepi pentas puluhan wartawan mengambil gambar juara-juara FNK... Terus terang ana katakan, hati ana menangis melihat keadaan ini... Lebih baik tahun lepas apabila Fareast turut serta di pentas dan diraikan bersama peserta FNK..

Kalaupun nak mengeksploitasi kami, janganlah sampai depan mata kami pun nak tunjukkan exsploitasi tersebut... Ana tidak kisah tentang hadiahnya kerana walaupun tiada hadiah, sudah cukup penghargaan bagi kami... cuma ana nak sebut jugak di sini, walaupun hadiah bagi juara FNK RM 10,000 dan saguhatinya saja sudah RM 5000, dan kami tidak diberi apa-apa, sekadar kontrak L.O. JAKIM yang hanya 2-300, cukuplah kalau dapat disamakan trofinya dengan kami... Namun jelas kelihatan trofi FNK jauh lebih hebat dan gah berbanding NMI.... Sekali lagi kami nyatakan, kami bukan memandang hadiah duit tersebut tapi keikhlasan penganjur untuk menghargai komitmen kami...

Mungkin mereka tidak tahu yang kami telah membatalkan show kami di Kemaman pada malam yang sama, dengan gambar kami yang telah naik dalam poster di Kemaman, semata-mata untuk memberi komitmen dan sokongan kepada NMI...

dan apa gunanya komitmen kami pergi ke Putrajaya yang jauh dari tempat kami untuk soundcheck malam sebelumnya dan pada malam sebenar kami tidak diberi mic yang telah kami soundcek?...

Dari awal kehadiran lagi saya yang membawa keluarga tercari-cari tempat untuk duduk apabila dewan sudah penuh dan kerusi untuk kami tidak kelihatan... mujurlah ada komiti yang sudi bawa keluarga ana mencari tempat duduk dan ana hanya terus ke belakang stage...

Kemungkinan selepas ini kami akan mengutus surat kepada pihak penganjur untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan ini agar juara di tahun hadapan tidak meraikan kejuaraan mereka dengan kesedihan, kekecewan dan terasa hati seperti kami...

Kami akui, kami sangat menghargai apa yang dilakukan penganjur untuk kami, tetapi kami sebagai manusia biasa ada hati dan perasaan untuk menyedari bahawa kami sebenarnya sekadar dipergunakan...

Mohon maaf atas terus terang ana ini..."

Kesimpulan:
1)Pihak penganjur memandang remeh soal pemberian anugerah
2)Mic 2nd class yang diberikan (kualiti persembahan)
3)Tidak pandai menghargai orang lain.

HARGAILAH ORANG LAIN

Saya berharap akhi2 Inteam dapat bersabar dengan dugaan ini. Pihak penganjur tidak sepatutnya mengeksploitasi mereka. Lagi2 lah mereka adalah kumpulan nasyid yang bertaraf profesional. Bukan wang ringgit yang menjadi ukuran, tetapi kebajikan yang perlu diutamakan.

Far-E-ZeeN bersama Akhi2 Inteam

Saya ingin berkongsi juga cerita kumpulan ASRAR & Far-E-ZeeN sepanjang pengalaman kami mengadakan persembahan selama ini. Hal ini juga berlaku kepada kami, maklumlah kami bukannya artis, tetapi kebajikan perlu dijaga juga. Hargailah..

Pernah suatu ketika, kami dipanggil untuk mengadakan persembahan di suatu tempat. Kami dijanjikan akan diberi mic cukup untuk kami semua. Akan tetapi sebaliknya berlaku.. Mereka berkata "Ambik satu mic, kongsi ramai2".. Amboi.. Sedapnya kata.. Ingat kami kumpulan nasyid kanak2 ke? Time show nyanyi ramai2..

Pernah juga berlaku, pihak penganjur menjemput kami, tetapi semua kami kena buat sendiri. Transport, makanan, dan sehinggakan proses berbincang tentang majlis pun kami kena mulakan. Sepatutnya pihak penganjur yang mulakan bincang, tetapi macam kami pula yang jadi penganjur. Adoi.. Tahulah kami bukan artis, tetapi jangan buat macam ini.

Kumpulan ASRAR di EKUUM Ke-22

Kumpulan ASRAR juga pernah mengalami sedemikian.. Dipanggil membuat show sebanyak dua kali di luar tetapi tidak diberikan apa2 sebagai penghargaan. Pernah terjadi selepas show tidak ada yang menguruskan mereka dan makanan tidak dibagi.

Pernah tak anda mendengar "Nak buat kerja agama pun nak minta macam2, ikhlaslah cikit". Ungkapan ini ialah ungkapan orang yang mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Mahu menjayakan program sendiri tetapi mengabaikan orang lain. Hargailah..

Tidak dinafikan dalam membuat kerja2 agama perlukan banyak pengorbanan, tetapi soal kebajikan tidak boleh dipandang remeh. Tidak fikirkah kita tentang makan minumnya? Masa yang dikorbankan untuk semua ini? Pakaian yang dibeli sendiri? Kalau yang menjadikan nasyid sebagai kariernya tidakkah kita terfikir tentang sumber pencarian mereka menanggung keluarga? Bolehkah kita main2 tentang hal ini? Mereka hanyalah mahu memberi yang terbaik, bukannya mahukan kekayaan harta, tetapi kekayaan dakwah.

SALAHKAH KAMI "demand"?

Jika terdapat mana2 tawaran persembahan, kami hanya demand mic yang ok untuk show yang akan kami lakukan. Bukannya untuk apa, hanya sekadar usaha memberi persembahan yang terbaik dan mesej yang hendak disampaikan dapat disampaikan dengan sebaiknya. Soal bayaran, kami hanya mengikut kemampuan pihak penganjur melalui proses perbincangan. Sebenarnya bernasyid ini hanyalah sekadar hobi dan salah satu usaha dakwah bagi kami.

Salahkah para munsyid demand dalam perjuangan mereka? Adakah mereka meminta lebih dari yang sepatutnya? Penghargaan perlu diberikan untuk menghargai pengorbanan seseorang dan 'membayar' bakat mereka. Yang lain, biarkan Allah yang membayarnya. Wallahua'lam..

Thursday, October 29, 2009

Warkah Buat Generasi Pewaris PKI

Kepada:
GENERASI PEWARIS

Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang

...Ahli-Ahli PKI sekalian...

Assalamualaikum.. Di musim2 final exam ni sempat pulak saya membuat coretan ye.. He2.. Mungkin saya boleh mencuri sedikit masa untuk menulis. Emm.. Apa yang membuatkan saya teringin untuk menulis ini ialah kerana AGM PKI telah pun selesai dan musim2 menghantar kertas kerja untuk semester hadapan telah sampai ke penghujungnya. Jadi saya rasa perlulah memberi sedikit nasihat sebagai 'orang lama' khususnya kepada saf kepimpinan yang baru dilantik baru2 ini.

Sebelum itu, tahniah dan takziah saya ucapkan kepada saf kepimpinan yang baru dibawah pimpinan Saudara Mohd Firdaus Bin Muslan. Kami di saf kepimpinan yang lama berharap agar Firdaus dapat memimpin dan meneruskan perjuangan untuk memartabatkan kesenian Islam di kampus kita ini. Apa yang paling penting ialah niatkan semua kerja2 kita ini hanyalah kerana Allah s.w.t.

Pemimpin bersilih ganti.. Masa yang akan menentukannya.. Tidak kira mana2 persatuan hatta kepada parti politik sekalipun, pasti ia akan terjadi. Jadi, kebimbangan dan kerisauan pasti akan menyelubungi pemimpin tidak kira yang lama atau yang baru. Yang lama memikirkan tentang perkembangan dan halatuju yang akan datang yang akan dibawa oleh yang baru. Yang baru pula memikirkan tentang tanggungjawabnya untuk mentadbir pentadbiran sekarang.

Sebagai orang lama, tidak dinafikan bahawa perasaan bimbang itu wujud di hati saya. Bukan kerana saya tidak menyakini saf kepimpinan yang baru, tetapi saya takut senario perkembangan dan pencapaian PKI yang dikecapi hari ini tidak dapat dipertahankan.. Nama Persatuan Kesenian Islam sangat dipandang tinggi di Unit Aktiviti Hal Ehwal Pelajar berkenaan rekodnya yang bersih dari segi pengurusan kertas kerja, laporan aktiviti, pelarasan kewangan sehinggalah kepada sumbangannya kepada UiTM Pulau Pinang.


Jadi.. Hari ini jika anda perhatikan di papan kenyataan di kolej2, PKI termasuk dalam senarai persatuan pelajar yang masih belum menghantar minit mesyuarat agung (AGM) dan senarai AJK yang baru dilantik. Bagi yang membacanya, jangan terkejut.. Hal ini bukannya masalah pentadbiran kita, tetapi kita mempunyai masalah dengan jawatan Penasihat PKI. Untuk makluman, Ust Sanusi akan bersara tahun hadapan, jadi PKI perlukan seorang pengganti sebagai penasihat dan ianya mengambil masa yang agak lama untuk menggantikan kekosongan itu. Alhamdulillah.. PKI sudah ada penasihat yang baru hasil usaha Saudara Safwan Saari yang merisik Ust Roshaimizam Bin Suhaimi. Mulai hari ini, Ust Roshaimizam Bin Suhaimi adalah penasihat PKI yang baru menggantikan Ust Sanusi yang bakal bersara nanti.

Selagi kami berada di sini.. InsyaAllah kami akan memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada generasi pewaris PKI.. Nasihat2 kami kepada anda..

INKUIRI

Inkuiri ibarat seorang bayi yang baru belajar mengenal kehidupan

Setiap pemimpin yang baru, perlulah mempunyai sifat inkuiri (semangat ingin tahu) yang tinggi. Hal ini sangat penting kerana sebagai orang baru, kita tidak mempunyai pengalaman tentang selok belok pentadbiran. Dalam konteks di UiTM ini, kita perlu mengambil tahu tentang bagaimana hendak mengisi borang C (kertas kerja), bagaimana pula mengisi borang D (laporan aktiviti), mengisi borang permohonan pendahuluan, tuntutan, dan pelarasan (bendahari), dan juga bagaimana hendak berhubung dengan orang2 penting di kampus ini.

Justeru.. Saya menyeru kepada pemimpin yang baru, agar mempunyai semangat inkuiri yang tinggi ini. Hal ini terjadi kepada kami sewaktu mula2 menghidupkan persatuan ini, we start from zero. Tanya itu dan ini kepada staf sehinggakan mereka penat hendak menjawabnya. Biarkan mereka penat.. Yang penting kita dapat lakukan prosedur dengan betul. Kepada saf kepimpinan yang baru.. Datanglah menghadap kami untuk menimba ilmu.. Bolehlah kami berkongsi dengan anda tentang ilmu pengurusan yang tak seberapa ini.

PENGORBANAN


Pengorbanan perlu berterusan-Gambar Hiasan

Setiap kejayaan perlukan pengorbanan.. Pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang perlu dititikberatkan. Bukan untuk memberikan harta kita kepada PKI, tetapi sifat tidak berkira sangat2 diperlukan untuk membangunkan persatuan. Agak sukar untuk diterangkan di sini tentang sifat ini.. Mungkin perumpamaan ini dapat membantu..

"Seorang ibu sanggup bersusah payah untuk melahirkan anaknya"
"Seorang ayah tidak meminta upah membeli lampin daripada anaknya"

(Faham2 sendiri perumpamaan ini ye)

SERTAI PROGRAM DAN BAGI KERJASAMA

Team Building- sikap yang amat berharga

Sertailah setiap program. Paling penting ialah mengambil tahu tentang perkembangan persatuan. Jangan hanya menjadi katak di bawah tempurung yang tak tahu apa2 tentang berita disekelilingnya. Tapi kalau memang tak boleh datang tak pe la..

Jika terdapat apa2 masalah, sila bagi tahu kepada pihak pengurusan. DAN jangan buat alasan untuk adakan masalah seperti "Aku tak boleh datanglah, laptop aku rosak" dan "Aku tak boleh join pertandingan nasyid ni, kawan2 aku ajak g main futsal".. JANGAN BUAT ALASAN YANG TIDAK MUNASABAH. Hehe..

Berilah kerjasama kepada ketua anda, tidak perlu mementingkan diri. Ianya akan merugikan anda sendiri. Sekian dahulu untuk kali ini.. Pesanan sekali lagi, jika anda memerlukan bantuan khususnya kepada AJK baru, jangan segan2 meminta pandangan dan tunjuk ajar. Paling penting, jangan buat tak tahu je kalau tak tahu apa nak buat. Kita sama2 belajar ye..

Mohon ampun maaf jika tersalah bahasa dan tersinggung apabila membaca warkah ini. Warkah ini hanyalah untuk berkongsi ilmu dan nasihat-menasihati antara satu sama lain. Allah s.w.t akan bantu kita jika kita bantu agama Allah.. InsyaAllah.. Selamat menduduki final exam kepada semua. Sekian wabillahi taufik wal hidayah.. Wasalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

Yang Benar..

Muhammad Jamal Rafaie Bin Jakiran
Mantan Presiden PKI


Tuesday, October 27, 2009

Nilai Seorang Manusia


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

(Riwayat Muslim)

Definisinya disini ialah nilai setiap manusia yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Sekiranya elok tingkahlaku dan budi pekertinya maka baiklah dia pada pandangan kita dan begitulah juga sebaliknya. Namun pada pandangan Allah S.W.T selain daripada tingkahlaku dan amalan, nilai yang terpenting dalam diri seseorang individu adalah pada niat orang yang melakukan amal perbuatan itu sendiri. Maksudnya kita mestilah ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah, tanpa dicampuri dengan tujuan lain atau membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah S.W.T. Hal ini kerana, ikhlas merupakan salah satu daripada amalan hati manusia. Lawan ikhlas adalah riya’ iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan atau niat untuk menunjuk-nunjuk. Sifat ini bukan sahaja akan mengurangkan pahala malah dimurkai Allah S.W.T.


Seseorang individu yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga ataupun bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan bersungguh-sungguh. Bekerja dengan niat yang ikhlas bukan sahaja dapat membentuk nilai mulia dalam diri malahan dapat meningkatkan produktivi dan menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat. Justeru itu, ketertinggian nilai kemanusiaan dalam diri manusia itu ialah bergantung kepada sejauh mana ia menjalankan kewajipan ibadah kepada Allah. Manusia itu akan semakin jauh dari nilai kemanusiannya ketika ia semakin lepas dari kewajipannya untuk beribadah kepada Allah. Semakin jauh manusia itu dari nilai kemanusiaannya bererti semakin tidak bernilai ia sebagai manusia. Semoga kita semua berada dalam golongan manusia yang bernilai kepada agama, bangsa dan negara.


Sumber Hadith :JAKIM


Di emailkan oleh: Noor Jalilah Abdul Jalil


Along: Semoga kita sentiasa dipelihara-Nya. InsyaAllah....


Sunday, October 25, 2009

AKTIVITI : Futsal PKI Di Safira !!

Ditulis oleh Jamal Rafaie Jakiran

Assalamualaikum.. Salam semuanya.. Fuhhh.. Penat kami bermain sampai bermandi peluh dibuatnya. Safira Sport Planet menjadi saksi kepada kesungguhan kami bermain. Haha.. Antara pukul 4 hingga 6 petang (24/10/09), sekumpulan ahli PKI sertai aktiviti bermain Futsal anjuran PKI.. LAYAN... ZASS..

Al-kisah Bermulalah Kisah Di Sebuah Taman Permainan Bernama Safira..



Sekumpulan Pemuda Bergabung Membentuk Dua Pasukan Yang Dinamakan Team Far-E-ZeeN & ASRAR

Team ASRAR

Team Far-E-ZeeN


Bergambar Dulu Sebelum Sepak Mula



Aksi Bermula





Habislah Separuh Masa Pertama.. Adoiyai.. Penatnya..



Sambil-Sambil Rehat Main-Main Jap



Separuh Masa Kedua.. Yeahh.. Semangat2..



Dah Habis Main Dah.. Tunggu Majlis Penyampaian Hadiah Pulak



Pemenang : Team ASRAR



Pemenang Bersama : Team Far-E-ZeeN



Sebelum Balik Bergambar Dengan Hadiah Masing-Masing


...HABISSSS...

Terima kasih kepada semua yang hadir. Terima kasih juga yang tidak hadir kerana anda menyokong aktiviti ini. Teruskan perjuangan kita menegakkan syiar Islam di UiTMPP melalui kesenian. Aktiviti ini adalah permulaan kepada aktiviti bersama ahli2 PKI dalam saf kepimpinan yang baru. Diharap semua dapat memberi komitmen kepada PKI ye.. InsyaAllah semester depan kita pergi main bowling pulak.. Boleh la sume tunjuk skil baling buah kelapa ye.. Haha.. Wasalam..

Saturday, October 24, 2009

Lawak Masjid



Dihantar oleh: Mohd Arif

Admin: Klik pada imej untuk melihat imej lebih jelas. Terima kasih kepada Saudara Mohd Arif atas kesudian anda menghantar post ini.

Selamat bermain kepada Ahli-ahli PKI yang menyertai permainan futsal pada petang ini di Safira. Semoga dapat bermain dengan baik tanpa kecederaaan. Majulah sukan untuk negara!!!
hehehe...


~Along~

Friday, October 23, 2009

Tips Peperiksaan


Salam....

Selamat menghadapi peperiksaan kpd saf pimpinan pkiuitmpp.
minal taufiq wannajah fil imtihan..

nk kngsi ckit tips peperiksaan..

Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
*
Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.
*
Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
*
Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exam bermula.
*
Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
*
Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.
*
Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
*
Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
*
Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
*
Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalam penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.
*
Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
*
Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
*
Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
*
Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
*
Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
*
Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Sumber : http://sufisalafi.blogspot.com/2009/04/tips-tips-untuk-cemerlang-dalam.html

ISLAM UNTUK SEMUA

PENGUMUMAN !! JOM MAIN FUTSAL

Ditulis oleh Jamal Rafaie Jakiran


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.. Salam pertemuan buat semua.. Seinteam hubungan seerat ukhuwah.. Menyemai kasih mesra di antara kita.. Moga mendapat rahmat yang Esa..

Ha! Seperti yang dirancangkan dalam AGM yang lalu. InsyaAllah Persatuan Kesenian Islam akan mengadakan perlawanan futsal persahabatan di antara ahli2 PKI di SAFIRA. Acara ini sebagai satu aktiviti riadah persatuan disamping mengeratkan lagi ukhuwah di antara kita. Jadi, PKI menjemput semua ahli2 PKI tak kira muslimin atau muslimat ke perlawanan persahabatan ini ye..

Butir-butir tentang perlawanan persahabatan ini ialah :

TEMPAT : SAFIRA SPORT PLANET
TARIKH : 24 OKTOBER 2009 (Sabtu)
MASA : 4 - 6 PETANG

Oleh itu, kepada semua.. jangan lupa turun ramai2 ye.. Kalau boleh datang awal cikit.. Alhamdulillah..Bayaran percuma.. Pakaian menutup aurat ye.. Pakai kasut jangan kaki ayam plak.. He2.. Sebarang pertanyaan boleh hubungi ketua projek Saudara Mohd Kamarol Bin Samsuddin di talian 017-4827406. Wasalam..