Saturday, October 23, 2010

Perancangan Semester Hadapan

|
|
|
|
|
|


Assalamualaikum...

Setelah sekian lama PKI menyenyapkan diri, kini kami sedang berusaha untuk kembali mengaktifkan PKI. Semoga persatuan ini akan terus aktif untuk tempoh mendatang. InsyaAllah.
InsyaAllah, semester depan, kita akan adakan perjumpaan (wajib). Perjumpaan ini bukan hanya untuk yang sudah menjadi ahli, tetapi juga bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli PKI. Berikut merupakan butir-butir perjumpaan tersebut. Jadi sila kosongkan waktu tersebut.

Tarikh: 3 Januari 2011
Waktu: 8.30 Malam
Tempat: BKA 0.3
Bawa :Journal peribadi (jika ada) @ buku nota


Alhamduillah. Misi menyiapkan Borang C untuk semester depan telah selesai. Berikut merupakan aktiviti yang telah kami pohon untuk semester depan:


a) Pertandingan Nasyid Inter Fakulti dan Kolej (18 Februari 2011)

-Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai. Setiap kumpulan mestilah mempunyai minus-one sendiri atau setiap kumpulan terdiri daripada kelompok vokalis dan kelompok pemain percussion. Tema pertandingan nasyid ini ialah Cinta Suci. Yuran penyertaan akan di maklumkan kemudian.



b) Konsert Aspirasi Islam 4.  (18 Februari 2011)

-Tema: Cinta Suci. Artis jemputan pada kali ini ialah Ustaz Nazrey Johani [ex-Raihan] . InsyaAllah, konsert ini akan diadakan di Dewan Besar UiTM Pulau Pinang.


c) Kembara Mencari Sinar.  
(11-13 Mac 2011)








-Tempat: Taman Tamadun Islam, Kuala Terngganu, Terengganu. InsyaAllah, kita akan menginap disana selama dua malam. 

InsyaAllah, jika aktiviti ini diluluskan, kita akan melaksanakan aktiviti ini. Jadi sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila kosongkan aktiviti anda pada tarikh tersebut. InsyaAllah, jika kita ikhlas menjalakan sesuatu tugas kerana Allah, maka Allah akan permudahkan jalan kita. InsyaAllah.

Jika ada apa-apa masalah berhubung aktiviti atau kelab, anda boleh menghantarkan email ke:

pki_uitmpp@yahoo.com [email PKI] atau
solehahgurlz_354@yahoo.com [email saya

atau komen di Facebook page PKI [klik sini] atau komen di Facebook page saya [klik sini] atau inbox secara terus ke Facebook saya [klik sini].

Sampai di sini sahaja. Di sini, saya tinggalkan sedikit gambar untuk tatapan semua.

Kumpulan Nasyid dari PKI yang pertama, Far-E-ZeeN.


Mereka pula adalah kumpulan nasyid yang kedua dari PKI, Al-Asrar.




Sampai disini sahaja, Wassalam.