Assalamualaikum pada semua.... lama rasanya blog ini tidak memuatkan informasi terbaru mengenai aktiviti PKI. Sebenarnya kami terpaksa bercuti selama seminggu lebih (hingga 2 Ogos) berikutan ancaman H1N! a.k.a selesema babi....Tapi alhamdulillah semuanya sihat. Kalau ada yang demam pun demam biasa shj. Tapi rasanya kena balik awal (28 Julai). Seperti yang sedia maklum, PKI serta MPP, JPK (zamrud, baiduri, mutiara), JPNR dan RPI akan menganjurkan Universiti Islamic Festival 2009 (UniFes_09) pada 3 hingga 9 Ogos 2009 bertempat di UiTM Pulau Pinang.
Ada beberapa aktiviti yang bakal kami jalankan seperti kempen menutup aurat, Konsert In-Team, Bicara Ad-Deen (IKIM) Festival nasyid Piala Pengarah Kampus UiTM Pulau Pinang dan juga musabaqah Quran. Setakat 15 Julai, kami menerima 15 penyertaan untuk festival nasyid dari IPTA seluruh Malaysia. Alhamdulillah, walaupun tidak mencapai sasaran 20 kumpulan untuk festival ini, tapi kami bersyukur masih mampu untuk mendapat penyertaan sebanyak ini. Maklumlah semakin hampir dengan bulan Ramadhan, kebanyakan IPT sibuk untuk menghabiskan semua aktiviti sebelum menjelangnya bulan mulia ini (termasuk kami...hehe). Kami di PKI juga berbesar hati untuk membawa cabaran dari UiTM Penang melalui kumpulan FaR-E-ZeeN dan Asrar untuk pertandingan ini. Doakan kejayaan kami!
Untuk konsert In-Team, hampir 70 peratus urusan telah diselesaikan. Cuma perbincangan lagu untuk konsert tersebut serta berkaitan Festival Nasyid yang masih belum diselesaikan. Insya Allah dengan beberapa hari yang masih berbaki semua urusan akan dibereskan. Publisiti juga sedang rancak diadakan. Banner berkaitan program ini telah dinaikkan dan untuk memastikan warga UiTM Penang mengetahui program yang julung-julung kali diadakan ini, pihak kami akan mengedarkan flyers. Tunggu je nanti..
Untuk peminat nasyid di UiTM Penang, nantikan Konsert Malam Aspirsi 2 pada 7 Ogos 2009 8.00 malam di Laman Perdana.
Kepada ahli PKI yang berminat untuk membantu menjayakan program ini boleh hadirkan diri ke tempat program dijalankan. Tapi ingat, bukan wang ringgit, baju atau tag program yang diharapkan tetapi anggaplah ia sebagai wasilah untuk menambah pengalaman dan ilmu dalam event menagement. Semoga Allah memberkati usaha kita yang kecil lagi mikro ini dalam menyebarkan dakwah kepada diri sendiri dan orang lain. Aminn......
2 comments:
laaaaaaaa bukan kate x jadi ke?
alhamdulilah..akhirnye dpt dlaksanakan..thniah & syabas kpd sume yg t'libat
Post a Comment