Muzium Kesenian Islam Malaysia
KOLEJ ZAMRUD - Pada awal semester Disember - April 2009, hasil perbincangan mesyuarat Persatuan Kesenian Islam (PKI) semua ahli telah bersepakat untuk mengadakan satu lawatan ilmiah ke Studio Hijjaz, Putrajaya dan Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur. Segala gerak kerja lawatan diamanahkan kepada saudara Arif bin Roslan. Akan tetapi, pelbagai rintangan dan halangan menyebabkan lawatan ini terpaksa ditunda. Pada awalnya, tujuan utama lawatan ini adalah mengunjungi Studio Hijjaz. Malangnya, studio tersebut hanya dibuka pada hari berkerja walhal kami hanya mampu membuat lawatan pada hujung minggu atau pada hari cuti khas. Program ini mesti dilaksanakan juga demi ahli persatuan sendiri. Dengan berat hati, terpaksa kami mengeluarkan slot kunjungan ke Studio Hijjaz dari tentatif program ini. Secara tidak langsung, lawatan ke Muzium Kesenian lslam, Kuala Lumpur menjadi matlamat utama program. Tidak selesai di situ, kami menghadapi masalah memilih tarikh yang sesuai. Program anjuran MPP, JPK dan pihak UiTMPP sendiri banyak dan menyebabkan jadual akademik kami pada semester tersebut sangat padat. Setelah berfikir panjang, kami menunda program ini ke semester Julai - November 2009.
Pada awal semester ini, kami sudah dapat menjangka banyak aktiviti UiTMPP dijalankan pada bulan Julai dan Ogos disebabkan bulan puasa yang bakal menjelang tiba pada pertengahan bulan 8. Tanpa rasa ragu-ragu, kami menetapkan tarikh lawatan kami iaitu pada 29 Ogos 2009 sehingga 30 Ogos 2009. Kami memilih tarikh tersebut atas dasar lawatan ilmiah ini merupakan satu ibadah sekiranya dapat dimanfaat sepenuhnya oleh ahli dan sekiranya dilakukan pada bulan Ramadhan, Insya-Allah pahala ibadah akan dilipat gandakan. Pada masa yang sama juga, perbelanjaan makan dan minum dapat dikurangkan menjadi sebanyak dua kali sahaja sehari daripada empat kali sehari.
Kami berharap agar dengan adanya lawatan ini, ahli rombongan khususnya ahli PKI dapat memanfaatkan sepenuhnya lawatan ini sambil merapatkan ukhwah islamiyyah sesama ahli. Insya-Allah, dengan berkat izin dari-Nya lawatan ini akan berjaya mencapai matlamat yang diharapkan.
Butir-butir lawatan
Nama lawatan : TRAVEL OF ISLAMIC ART
Tarikh : 29 HINGGA 30 OGOS 2009
Tentatif Program : N/A
Nantikan post akan datang mengenai lawatan ini.

No comments:
Post a Comment