Friday, January 22, 2010

Pertandingan Nasyid di Universiti Utara Malaysia


Assalamualaikum...

Pada 21 Januari 2010, UiTM Pulau Pinang telah menghantar kumpulan nasyid Al-Asrar untuk menyertai pertandingan nasyid bernama Karnival Kebudayaan Kesenian (3K) bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah.

Kami bertolak ke UUM lebih kurang pada pukul 10.15 pagi dan tiba pada pukul 12.17 tengah hari. Setelah meletakkan barang-barang termasuk percussion di bilik persedian, Al-Asrar mencari kesempatan untuk mengadakan latihan buat kali terakhir.



Pada pukul 2.30 petang, majlis bermula. Walaupun Al-Asrar mendapat giliran pertama, Al-Asrar mempersembahkan lagu Oh Tuhan dan Kasih Sayang Penjana Ukhuwah dengan persembahan yang cemerlang. Semua kumpulan selesai persembahan pada pukul 5.00 petang.

Pada pukul 5.30 petang, keputusan diumumkan dan Al-Asrar layak ke peringkat akhir selain 5 kumpulan yang lain.

Majlis pertandingan nasyid peringkat akhir bermula pada pukul 9.00 malam. Al-Asrar mendapat giliran ke-4 daripada 6 kumpulan. Dengan penuh kesungguhan, Al-Asrar melakukan yang terbaik.

Keputusan adalah seperti berikut:

Tempat Pertama:Universiti Utara Malaysia
Tempat Kedua: IPGM Kedah (Kedah ke Penang erk?? huhuuhu)
Tempat Ketiga: Al-Asrar

Layan gambar-gambar dibawah...
Sebenarbya saya memang nak upload video persembahan Al-Asrar, tapi memandangkan keadaan internet yang 'siput-like', nampaknya lain kali sahajalah ye.. tapi Along janji akan upload juga kat mana-mana link ye... Sorry sangat-sangat...


Fuh! Beraaaat~

















Susun... susun... susun...
di bilik persediaan.



















Soundcheck...
~cubaan suara~
helo3... one two three....














Sempat lagi buat latihan terakhir sebelum beraksi...


















Berdebar-debar rasanya~

grr~















ok... rilek3... bergambar dulu sebelum buat persembahan~















Kasih Sayang Penjana Ukhuwah




















Oh Tuhan~

















Sebelum Final Competition...

Berdebar-debar rasanya!
















Hoooorey!!

Menang!
















Ok, posing dulu sebelum balik~

















Yeye.. nak balik!



















Selamat tinggal UUM!!!
















Sekian,
Along.

4 comments:

fitrijohari007 said...

Tahniah kepada kumpulan asrar atas kemenangan tmpt ke 3 di uum...
insyaalah pas ni dpt no 2 atau 1 lak..hehe

pape pon dakwah melalui seni harus diteruskan ^^

along: wa bgs la..cpt post laporan..hehe..keep it up!
pki bband pe yg laju siput like tu?

Anonymous said...

salam..
taniah ASRAR.. smoga trus maju jaya..

btl 2 along, keep it up..
msti sronk dpt tgk diorg b'tanding..

abid imran said...

congratz 2 asrar..tgktkn prestasi anda..anda mnjadi kbanggaan pki n uitmpp..truskan usaha dlm perjuangan ini..

Kang Abu said...

Salam ta'aruf.....