Maaf kerana lambat post tentang event ni..ramai tak sabar2 tunggu post ni kan? ^_~
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
ok~Hari 1 (29/8/2009 - Sabtu)
Kami bertolak dari kampus pada jam 9.00 pagi dan sampai ke Muzium Kesenian Islam tepat jam 2.00 petang. Setibanya di sana, kami disambut oleh 2 orang pegawai sambil membawa kami masuk ke dalam galeri-galeri yang ada di muzium tersebut. Terdapat pelbagai khazanah berharga yang kami sendiri tidak pernah lihat. Malangnya, biasalah dalam muzium tak boleh bergambar. Sekadar di ruang legar utama sahaja yang dibenarkan.
tengah dengar taklimat dalam dewan di Muzium Kesenian Islam
dari kiri : Khudhairi, Auwis, Abid, Safiuddin
dari kiri : Khudhairi, Auwis, Abid, Safiuddin
Far-E-ZeeN
Dalam pukul 4.30 petang, kami solat qasar jama' ta'khir asar-zohor di Masjid Negara hadapan muzium. Kemudian kami bertolak ke tempat penginapan kami di Bangi Lanai Hotel, Bangi, Selangor. Di pertengahan perjalanan, kami singgah di bazaar Ramadhan di PKNS Bangi untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa.
Pada sebelah malam pula, kami bertolak ke Masjid Putrajaya untuk menunaikan solat Isyak dan Solat Sunat Tarawikh berjemaah. Ada di antara kami baru kali pertama menjejakkan kaki ke masjid tersebut.
Pada sebelah malam pula, kami bertolak ke Masjid Putrajaya untuk menunaikan solat Isyak dan Solat Sunat Tarawikh berjemaah. Ada di antara kami baru kali pertama menjejakkan kaki ke masjid tersebut.
Di hadapan Masjid Putrajaya
Hari 2 (30/8/2009 - Ahad)
Sebelum pulang, kami singgah di Taman Rama-rama, Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi. Disebabkan baru lepas hujan, rama-rama kurang kelihatan di taman tersebut. Tapi pemandangan di dalam taman sangat cantik. Kami sempat bergambar di dalam.

Far-E-ZeeN bersama manager baru, Khudhairi (kiri sekali)
Pernah tengok mat bunga tak? Ini dia pula, MAT RAMA-RAMA
Saya tengah syok bergambar sampai tak perasan ada juga 3 orang kat belakang tu....
mengendap apa pun tak tahu..
Pernah tengok mat bunga tak? Ini dia pula, MAT RAMA-RAMA
Saya tengah syok bergambar sampai tak perasan ada juga 3 orang kat belakang tu....
mengendap apa pun tak tahu..
Setelah itu, kami pun pulang ke kampus. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di R&R mana entah, saya pun tak ingat. Di R&R tersebut ada pameran terbuka sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54.
.. 1Malaysia..Saya mewakili MT PKI mengucapkan tahniah dan syabas kepada Saudara Arif dan seangkatan dengannya kerana berjaya menjalankan TToIR ini. Ribuan terima kasih juga kepada saudara saudari yang sudi mengikuti lawatan ini. Diharap lawatan ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment