Friday, June 19, 2009

Skuad Baru Dalam PKI.. Jom Join..

Salam..

Sebenarnya ramai yang mengetahui PKI hanya memperjuangkan irama nasyid sahaja. Tetapi hakikatnya, banyak yang kami rancangkan dalam persatuan ini berlandaskan motto ''Towards Islamic Arts Priority''. Selain kesenian yang berunsur Islam, kami juga memperjuangkan kesenian berbentuk kemelayuan.

Bermula pada semester yang akan datang, Pasukan Kompang UiTM Penang akan diwujudkan di bawah kelolaan PKI. Hal ini adalah rentetan daripada pembelian kompang yang baru diterima pada bulan Mei yang lalu.. Pasukan Kompang UiTM Penang ini akan diketuai oleh Saudara Mohd Firdaus Bin Muslan yang bertindak sebagai koordinator pasukan. Seramai 20 orang yang diperlukan untuk mewujudkan satu pasukan kompang yang mantap.

Gambar Hiasan









Insyaalah.. PKI juga akan mengembangkan cabangnya dengan mewujudkan kelas khat yang akan dijalankan pada semester hadapan yang dikelola oleh Saudara Khalil Khir. Peserta akan mempelajari asas-asas seni khat berdasarkan modul yang telah disediakan oleh koordinator Khat PKI UiTMPP.

Gambar Hiasan..
Kami berhasrat untuk melahirkan pakar dalam bidang kesenian khat. Insyaallah..







Oleh itu, semua pelajar UiTM Penang yang berminat untuk menyertai program pembangunan kesenian ini adalah amat dialu-alukan. Nantikan kemunculannya..

4 comments:

khalilkhir said...

Insya-Allah..
Sy cbe sdaya-upaya..

khalilkhir said...

Insya-Allah..
Sy cbe sdaya-upaya..

khalilkhir said...

almk..sory terpost 2 kali..

Anonymous said...

ape daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa