Tuesday, January 05, 2010

Permulaan 2010 Untuk PKI

Assalamualaikum.. Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan 'Selamat Tahun Baru' kepada semua pengunjung blog PKI ini. Tahun 2009 memberi banyak kenangan kepada kita semua.

Pada tahun ini, PKI akan memasuki fasa tahun keduanya yang bermula pada 30 Julai 2008. Maka pada 30 Julai 2010 ini, PKI akan berusia 2 tahun. Dan kemungkinan besar daripada perintis2 PKI ini akan menamatkan pengajian di kampus UiTM Pulau Pinang ini. InsyaAllah.. Kami berdoa agar PKI ini akan terus maju dan dapat menjadi lebih baik daripada sekarang. Ameen..

Teruskan perjuangan..



AKTIVITI TERKINI

1) Pembayaran elaun tertunggak

Elaun ini adalah elaun kepada peserta dan penyokong dalam Pertandingan Nasyid Terbuka Expo Konvokesyen UUM Ke-22 yang telah berlangsung pada semester yang lepas.

Jadi.. Elaun akan saya agihkan kepada semua yang terlibat dalam masa yang terdekat ini. InsyaAllah..

2) Hari Persatuan Dan Kelab UiTM Pulau Pinang

InsyaAllah.. Pada 13 dan 14 Januari 2010 ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UiTM Pulau Pinang akan mengadakan Hari Persatuan Dan Kelab yang bertujuan untuk membuka keahlian dan memberi peluang kepada kelab-kelab untuk menonjolkan diri kepada para pelajar.

Jadi.. Gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk memperkenalkan PKI kepada warga kampus..

Kepada semua.. Marilah beramai-ramai memeriahkan program tersebut dan jemput beramai-ramai untuk singgah di booth PKI yer..

3) Festival Nasyid UUM 2010

Far-E-ZeeN dan ASRAR akan mewakili UiTM Pulau Pinang dalam Festival Nasyid UUM 2010 yang akan berlangsung pada 21 Januari 2010 ini.

Kepada yang berkelapangan boleh la sertai kembara kami ini. Dialu-alukan..

Peringatan : Pertandingan akan diadakan pada hari khamis, maka terdapat sedikit kesulitan untuk menyertai pertandingan nasyid ini.

4) Jemputan Menghadiri Majlis Anugerah Kelab Dan Persatuan Cemerlang

Saya dan Fitri akan mewakili PKI untuk menghadiri Majlis Anugerah Kelab Dan Persatuan Cemerlang UiTM Se-Malaysia yang akan diadakan pada 22 Januari 2010.


Doakan kita semua berjaya menggondol anugerah tersebut bagi menyuntik semangat perjuangan yang perlu diteruskan.. Amin..

Setakat ini dahulu untuk entri kali ini.. Saya mewakili Saudara Presiden PKI yang baru ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua.

Balligh A'nni Walau Ayyah..

Sekian.. Wasalam..

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Penang

2 comments:

Anonymous said...

salam..
slmt thn bru..
smoga Far-E-ZeeN dan ASRAR berjaye dlm pertandingan yg akn disetai..
hrp pki berjaya menggondol anugerah Kelab Dan Persatuan Cemerlang...
salam perjuangan..
aina...

abuayman said...

sila lawati www.hadiahuniversiti.blogspot.com untuk maklumat hadiah dan segala keperluan program anda