Monday, November 30, 2009

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Assalamualaikum...

Maaf dipinta kerana telah lama Along tak update blog ini dan dah banyak sangat sawang. Almaklumlah, keadaan tak mengizinkan Along rajin menebalkan kornea mata menghadap blog kesayangan Along nieh. Namun, terima kasih diucapkan kepada Saudara Jamal kerana telah beberapa kali membersihkan sawang disini.. syukran Saudara Jamal. Kalau nak harapkan Along, huh! tak berani nak cakap... (uit! panjang la pula mukadimah ni...) Ok2, tanpa melengahkan masa, ayuh kita terus ke entry terbaru blog PKI ni.

Sahabat, kawan, rakan, teman (bukan teman istimewa yeee) dan pelbagai gelaran lagi.. belum lagi campur bahasa Inggeris: friends, pals (betul ke eja ni erk? hehe) dan sebagainya. Memang terlalu dekat dengan kita. Kadang-kadang, impak seorang rakan saja mampu mengubah sikap seseorang. Terpulang berubah kearah positif atau sebaliknya. Kitalah yang perlu menilai dan menjaga diri sendiri. Oleh itu, kita perlu bijak dalam memilih kawan.

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Di sini, Along ingin sertakan sebuah lagu dari kumpulan UNIC. Along suka sangat lagu ni. Sape yang kenal Along memang tau la lagu ni sentiasa jadi ringtone Along. (adoi! ini pon nak cakap ke?)

KAWAN

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Sampai di sini sahaja, wassalam...
~Along~

No comments: