Tuesday, November 24, 2009

Pesanan Opick Kepada Inteam

Ditulis Oleh Jamal Rafaie Jakiran

Inteam bersama Opick

Assalamualaikum.. Selamat bercuti kepada semua. Sewaktu membuka blog ni, terasa macam nak menulis je untuk PKI. Sedih gak kalau tengok blog ni ber'sawang' pulak kan. Nak dijadikan kisahnya, sewaktu musim final exam hari tu, saya bercadang nak menyaksikan Konsert Amal Opick Dan Inteam (anjuran Islamic Relief kalau tak silap) yang diadakan di Dewan TNB Abdullah Hukum Kuala Lumpur. Tapi tak ada rezeki nak pergi di atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. InsyaAllah.. Ada rezeki boleh pergi lagi kan?

Pagi ini (24/11/09) saya membuka blog akhi Amin Inteam, saya lihat ada perkara menarik yang dapat dikongsikan bersama. Hal ini mungkin juga dapat dijadikan iktibar kepada sesiapa sahaja yang berdakwah melalui hiburan khususnya dan umat Islam amnya.

SIAPAKAH OPICK?

"Aunur Rofiq Lil Firdaus atau nama kecilnya Opick (lahir di Jawa Timur, 16 Mac 1974 berumur 35 tahun) merupakan seorang pencipta lagu dan penyanyi nasyid Indonesia.

Album pertamanya ialah Istighfar yang diterbitkan pada tahun 2005. Sebulan setelah dipasarkan, album ini mampu mencetak double platinum dengan penjualan lebih dari 300 ribu unit. Dalam album tersebut, Opick memasukkan lagunya yang berjudul "Tombo Ati" ke dalam album solonya. Sebelumnya, Opick memasukkan lagu itu ke dalam album kompilasi "Tausiyah Dzikir dan Nasyid". Album "Istighfar" berjaya di pasaran, hingga menembus lebih dari 800 ribu unit dan mendapat penghargaan lima platinum sekaligus. Kerana sumbangannya dalam lagu nasyid, Opick dinobatkan sebagai duta group musik Islami Nasyid oleh lembaga ANN (lembaga nasyid nusantara).

Tahun 2006 insan yang mengaku pernah menyanyikan memiliki band yang membawakan lagu-lagu rock itu menerbitkan album keduanya berjudul "Semesta Bertasbih" (2006). Dalam album tersebut terdapat sepuluh lagu, diantaranya Taqwa, Irhamna, akdir, Teranglah Hati, 25 Nabi, Semesta Bertasbih, Bismillah, Satu Rindu, Buka Mata Buka Hati dan Ya Rasul. Sebagai lagu hit dalam album tersebut adalah Takdir yang dinyanyikannya bersama Melly Goeslaw. Selain dengan Melly, Opick juga berduet dengan, remaja yang berprestasi sebagai qoriah cilik internasional terbaik dalam lagu "Yaa Rasul". Ada pula kolaborasi Opick dengan grup nasyid Pandawa Lima di lagu "Teranglah Hati". Bulan Ogos 2006, tak lama setelah melancarkan album kedua, Opick mengeluarkan buku berjudul ", OpickOase Spiritual Dalam Senandung"."

(Sumber: Wikipedia dan saya olah sedikit bahasa indonesianya)


Seorang penyanyi Indonesia yang berhijrah dari dunia rock ke dunia nasyid. Beliau juga pencipta lagu 'Dealova' dan terkenal dengan lagu Alhamdulillah, Satu Rindu dan lain-lain lagi. Setiap kata-katanya yang keluar dari mulutnya merupakan bait-bait puisi, falsafah dan kata-kata hikmah yang boleh dijadikan pedoman bersama.

NASIHAT OPICK


"Teruskanlah perjuangan kalian dalam dakwah melalui seni ini walaupun hanya tinggal seorang yang mendengar lagu kalian"
(Pesanan Opick kepada Inteam)

Menurut Akhi Amin, Opick berpesan "kita tidak boleh memaksa atau mengawal secara menyeluruh anak-anak kita melihat dan mendengar apa-apa yang dihidangkan dunia hiburan melalui corong radio dan televisyen, tetapi kita perlu menyediakan alternatif bagi mereka supaya mereka tahu ada juga hiburan dan seni yang baik dan membawa nilai positif serta mendekatkan diri kepada mengingati Allah dan mencintai Rasulullah S.A.W."

Saya bersetuju dengan kata2 tersebut. Setiap pendakwah tidak boleh menyerah kalah dan berputus asa dengan apa yang diusahakannya. Dakwah melalui seni memberi satu alternatif kepada umat manusia.

Setiap yang dilakukan oleh seorang Islam adalah dikira sebagai ibadatnya. Jadi, apa salahnya apabila kita hendak berhibur pun, kita balikkannya kepada Allah s.w.t. Seronok dapat, iman pun bertambah, InsyaAllah..

Bagi anda yang hendak mengetahui cerita yang selanjutnya, boleh la mengunjungi blog Akhi Amin Inteam di sini. Terima kasih kepada Akhi Amin kerana sudi berkongsi pesanan ini kepada semua. Wasalam dan selamat bercuti..

Dari :

Muhammad Jamal Rafaie Bin Jakiran
Mantan Presiden
Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang

No comments: