Monday, November 02, 2009

Salahkah Kami 'demand'?

Ditulis oleh Jamal Rafaie Jakiran

Juara NMI 2009

Salam semua.. Di kala suasana final exam ini masih terasa dengan hangatnya. Saya ingin mencuri sedikit masa menulis sedikit perkongsian. Alhamdulillah.. Allah s.w.t masih memberi peluang untuk kita menikmati nikmat Allah Yang Maha Pemurah ini. Sebagai permulaan, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada 'akhi2' Inteam di atas kemenangan mereka menggondol 3 anugerah Nasyid Minggu Ini (NMI) iaitu:

1)Juara Anugerah NMI
2)Lagu Nasyid Paling Popular
3)Kumpulan Nasyid Paling Popular

Anugerah disampaikan di Dewan B, Putrajaya International Convention Centre (PICC), dianjurkan oleh JAKIM bersempena dengan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2009.

Bagi pengetahuan semua yang masih belum mengetahui, kemenangan ini disifatkan sebagai kemenangan yang mengecewakan oleh Inteam melalui blog akhi Hazamin yang bertajuk "JUARA YANG KECEWA". Saya sebagai insan yang terlibat dengan kumpulan nasyid juga dapat merasai apa yang dirasai oleh akhi2 Inteam ini. Begini ceritanya...

Petikan dari blog akhi Hazamin Inteam :

"Kami akui majlis ini memang memberi sokongan dan bantuan kepada kami dan kami hargainya.. tetapi, cara penganjur menyelitkan kami dalam sebuah program sebenar iaitu Festival Nasyid Kebangsaan sangat-sangatlah menyentuh hati kami dan ianya lebih teruk berbanding tahun-tahun yang lalu...

Bayangkan, hanya pengerusi majlis yang manyampaikan award kepada kami sedangkan Menteri menyampaikan award kepada peserta FNK... dari segi protokol saja sudah jelas kesilapannya...

Paling mengecewakan ana apabila mic ana tak berbunyi dan mic-mic yang diberikan kepada kami adalah mic 2nd class dengan bunyi yang tidak kuat, bahkan menurut frizdan, mic ana hanya berbunyi di speaker monitor untuk bahagian awal persembahan...

Sedangkan kami telah menunjukkan komitmen dengan datang sewaktu soundcheck sehari sebelum event dan memang waktu itu kami diberikan mic yang baik dan soundnya juga cukup memuaskan hati kami...

Ana dengan semangat membara cuba untuk membuat persembahan terbaik pada malam tersebut kerana kami merupakan juara carta dan juara lagu paling popular, ana sudah memaklumkan kepada soundman bahawa ana akan mula dulu jadi pastikan mic ana berfungsi dengan baik, tapi sebaliknya yang terjadi... Ana sangat kecewa dan sedih... Bayangkan show kami dan imej kami jadi tercalar dibandingkan dengan peserta-peserta lain yang menyampaikan lagu mereka dengan hebat sekali... Pasti ada hadirin yang menyatakan " macam ni ke persembahan juara carta, juara lagu paling popular dan kumpulan nasyid paling popular..." pastinya tidak semua yang akan mengetahui tentang masalah teknikal yang dihadapi...

Lebih mengecewakan, apabila kumpulan-kumpulan nasyid yang menjuarai kategori-kategori bagi NMI langsung tidak dipelawa naik ke pentas atau bersama-sama ketika fotografi wartawan berlangsung, hanya kami dapat melihat dari tepi pentas puluhan wartawan mengambil gambar juara-juara FNK... Terus terang ana katakan, hati ana menangis melihat keadaan ini... Lebih baik tahun lepas apabila Fareast turut serta di pentas dan diraikan bersama peserta FNK..

Kalaupun nak mengeksploitasi kami, janganlah sampai depan mata kami pun nak tunjukkan exsploitasi tersebut... Ana tidak kisah tentang hadiahnya kerana walaupun tiada hadiah, sudah cukup penghargaan bagi kami... cuma ana nak sebut jugak di sini, walaupun hadiah bagi juara FNK RM 10,000 dan saguhatinya saja sudah RM 5000, dan kami tidak diberi apa-apa, sekadar kontrak L.O. JAKIM yang hanya 2-300, cukuplah kalau dapat disamakan trofinya dengan kami... Namun jelas kelihatan trofi FNK jauh lebih hebat dan gah berbanding NMI.... Sekali lagi kami nyatakan, kami bukan memandang hadiah duit tersebut tapi keikhlasan penganjur untuk menghargai komitmen kami...

Mungkin mereka tidak tahu yang kami telah membatalkan show kami di Kemaman pada malam yang sama, dengan gambar kami yang telah naik dalam poster di Kemaman, semata-mata untuk memberi komitmen dan sokongan kepada NMI...

dan apa gunanya komitmen kami pergi ke Putrajaya yang jauh dari tempat kami untuk soundcheck malam sebelumnya dan pada malam sebenar kami tidak diberi mic yang telah kami soundcek?...

Dari awal kehadiran lagi saya yang membawa keluarga tercari-cari tempat untuk duduk apabila dewan sudah penuh dan kerusi untuk kami tidak kelihatan... mujurlah ada komiti yang sudi bawa keluarga ana mencari tempat duduk dan ana hanya terus ke belakang stage...

Kemungkinan selepas ini kami akan mengutus surat kepada pihak penganjur untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan ini agar juara di tahun hadapan tidak meraikan kejuaraan mereka dengan kesedihan, kekecewan dan terasa hati seperti kami...

Kami akui, kami sangat menghargai apa yang dilakukan penganjur untuk kami, tetapi kami sebagai manusia biasa ada hati dan perasaan untuk menyedari bahawa kami sebenarnya sekadar dipergunakan...

Mohon maaf atas terus terang ana ini..."

Kesimpulan:
1)Pihak penganjur memandang remeh soal pemberian anugerah
2)Mic 2nd class yang diberikan (kualiti persembahan)
3)Tidak pandai menghargai orang lain.

HARGAILAH ORANG LAIN

Saya berharap akhi2 Inteam dapat bersabar dengan dugaan ini. Pihak penganjur tidak sepatutnya mengeksploitasi mereka. Lagi2 lah mereka adalah kumpulan nasyid yang bertaraf profesional. Bukan wang ringgit yang menjadi ukuran, tetapi kebajikan yang perlu diutamakan.

Far-E-ZeeN bersama Akhi2 Inteam

Saya ingin berkongsi juga cerita kumpulan ASRAR & Far-E-ZeeN sepanjang pengalaman kami mengadakan persembahan selama ini. Hal ini juga berlaku kepada kami, maklumlah kami bukannya artis, tetapi kebajikan perlu dijaga juga. Hargailah..

Pernah suatu ketika, kami dipanggil untuk mengadakan persembahan di suatu tempat. Kami dijanjikan akan diberi mic cukup untuk kami semua. Akan tetapi sebaliknya berlaku.. Mereka berkata "Ambik satu mic, kongsi ramai2".. Amboi.. Sedapnya kata.. Ingat kami kumpulan nasyid kanak2 ke? Time show nyanyi ramai2..

Pernah juga berlaku, pihak penganjur menjemput kami, tetapi semua kami kena buat sendiri. Transport, makanan, dan sehinggakan proses berbincang tentang majlis pun kami kena mulakan. Sepatutnya pihak penganjur yang mulakan bincang, tetapi macam kami pula yang jadi penganjur. Adoi.. Tahulah kami bukan artis, tetapi jangan buat macam ini.

Kumpulan ASRAR di EKUUM Ke-22

Kumpulan ASRAR juga pernah mengalami sedemikian.. Dipanggil membuat show sebanyak dua kali di luar tetapi tidak diberikan apa2 sebagai penghargaan. Pernah terjadi selepas show tidak ada yang menguruskan mereka dan makanan tidak dibagi.

Pernah tak anda mendengar "Nak buat kerja agama pun nak minta macam2, ikhlaslah cikit". Ungkapan ini ialah ungkapan orang yang mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Mahu menjayakan program sendiri tetapi mengabaikan orang lain. Hargailah..

Tidak dinafikan dalam membuat kerja2 agama perlukan banyak pengorbanan, tetapi soal kebajikan tidak boleh dipandang remeh. Tidak fikirkah kita tentang makan minumnya? Masa yang dikorbankan untuk semua ini? Pakaian yang dibeli sendiri? Kalau yang menjadikan nasyid sebagai kariernya tidakkah kita terfikir tentang sumber pencarian mereka menanggung keluarga? Bolehkah kita main2 tentang hal ini? Mereka hanyalah mahu memberi yang terbaik, bukannya mahukan kekayaan harta, tetapi kekayaan dakwah.

SALAHKAH KAMI "demand"?

Jika terdapat mana2 tawaran persembahan, kami hanya demand mic yang ok untuk show yang akan kami lakukan. Bukannya untuk apa, hanya sekadar usaha memberi persembahan yang terbaik dan mesej yang hendak disampaikan dapat disampaikan dengan sebaiknya. Soal bayaran, kami hanya mengikut kemampuan pihak penganjur melalui proses perbincangan. Sebenarnya bernasyid ini hanyalah sekadar hobi dan salah satu usaha dakwah bagi kami.

Salahkah para munsyid demand dalam perjuangan mereka? Adakah mereka meminta lebih dari yang sepatutnya? Penghargaan perlu diberikan untuk menghargai pengorbanan seseorang dan 'membayar' bakat mereka. Yang lain, biarkan Allah yang membayarnya. Wallahua'lam..

2 comments:

fitrijohari007 said...

tol tu Jamal..
aku rase diorg xtau kot @ buat2 xtau pasal bende2 ni..

bukannye nk demand tp sekurang-kurangnye the best performance yg kte nk bg walaupun xhebat cm UNIC, InTeam etc.Berape sgt la duit yg dpt tu.Tp yg penting sekurang-kurangnye dakwah tersebar semaksima mgkn..

tolonglah hargai kami ye walaupun kami ni biase2 sahaje..

khallikhir said...

bukan nak sebelah sape2, tapi komitmen orang kite kene hargai. bukan meminta bukan2 sehingga melampau. tanda terima kasih tu yang paling penting. len kali mungkin nak panggil lagi orang yg sama.

Majulah irama nasyid Islam...
zass(tiru fit..haha)