Thursday, November 12, 2009

Pencalonan Anugerah Persatuan/Kelab Pelajar Cemerlang 2009

Ditulis oleh Jamal Rafaie Jakiran

Buku pencalonan PKI

Assalamualaikum.. Segala puji bagi Allah s.w.t dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Alhamdulillah.. Final exam sudah hampir sampai ke penghujungnya, ada yang pakat2 balik dah pun. Sebelum kita mengakhiri semester ini, baiklah jikanya saya megumumkan kepada semua ahli Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang tentang perkembangan persatuan ketika ini.

Pada musim exam ini, saya dan Fitri telah menyiapkan laporan lengkap tentang aktiviti2 yang telah dijalankan oleh persatuan kita sepanjang tahun 2009 ini. Laporan ini bertujuan untuk membolehkan PKI dicalonkan sebagai persatuan pelajar cemerlang 2009 peringkat UiTM Semalaysia kategori kesenian dan kebudayaan.

Aktiviti2 yang dilaporkan dalam buku pencalonan ini ialah:

1)Malam Aspirasi Islam (UNIC)
2)Festval Nasyid UiTM Se-Malaysia (FENU '09)
3)Persembahan Far-E-ZeeN di Masjid Teluk Air Tawar
4)Festival Nasyid Selatan (Fenas 09-Kembara Kasih Ilahi)
5)Pertandingan Nasyid Piala Naib Canselor Universiti Utara Malaysia 2009
6)The Travel Of Islamic Art 2009
7)Malam Aspirasi Islam 2 (Inteam)
8)Pertandingan Nasyid Piala Pengarah Kampus UiTM Penang (UniFes_09)
9)Persembahan Far-E-ZeeN di Majlis Anugerah Dekan FKM
10)Pertandingan Nasyid EKUUM Ke-22

Antara yang terkandung di dalam buku pencalonan*

Sebenarnya, banyak lagi aktiviti PKI yang boleh diketengahkan untuk dicalonkan. Tetapi akibat masalah dokumentasi yang tidak lengkap seperti tiada surat jemputan dan gambar, menyebabkan kita hanya dapat menyediakan laporan yang agak terhad. Walaubagaimana pun, pihak HEP berpuas hati dengan laporan tersebut dan laporan ini telah selamat dihantar pada 11.11.09 jam 12.39 p.m di Unit Aktiviti HEP UiTM Pulau Pinang.

Sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk pencalonan ini. Pencalonan ini bukannya untuk menunjukkan diri tetapi ianya sebagai flatform kepada PKI untuk lebih bersemangat dalam berdakwah melalui kesenian di kampus kita ini. InsyaAllah..

*Maaf gambar agak kabur, kamera masalah, hehe.. Terima kasih kepada Saudara Fitri di atas sumbangan printer yang telah banyak berjasa. InsyaAllah.. Allah akan membalas berlipat kali ganda. Ameen..

2 comments:

Along Fina said...

owh.. banyak jugak aktiviti kita... errr,, sorry la tak tahu pulak sy.. almaklumlah, budak semester satu.. heheh...

Tahniah PKI...
InsyaAllah perjuangan ini dapat diteruskan...

fitrijohari007 said...

aktiviti banyak lagi...tp more to persembahan.so xde surat jemputan dan sebagainye.ade gamba je la sebagai bukti..

harap pas ni lagi banyak aktiviti ley buat pasni oleh AJK baru plak..
kompang ke marhaban ke..huhu