Thursday, November 12, 2009

Nasyid bukan Lagu Jiwang!

Oleh:Along Fahami dan hayati...

A: Wey, jom kite gi tengok konsert kat lp..

B: Tak nak laa, sori la aku tak layan lagu-lagu jiwang ni.


Ini adalah perbualan yang sahabat saya terdengar semasa konsert aspirasi semester lalu. Dengar cerita konsert ini mendapat sambutan yang baik bukan sahaja dari warga uitm sendiri malah dari pihak luar juga. Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur. Terkilan rasanya tak dapat pergi ke konsert tu. Saya mohon maaf kerana tak dapat menghadiri konsert tersebut kerana ada komitmen terhadap trip assingment.

Berbalik kita kepada perbualan dua orang siswa ni. Huh..pelik saya fikirkan kat mane jiwangnya tu.. saya rasa mesti dia tak menghayati bait-bait lagu nasyid, tak pernah dengar lagu nasyid dan tersalah ertikan mesej lagu. Mungkin kerana rentak dan irama nasyid yang kadang kala sentimental, tapi tak semua lagu, ada juga yang rancak. Contohnya lagu az-ziarah(in team), satu kiblat yang sama(rabbani) dan banyak lagi.. irama nasyid berentak sentimental adalah mengikut kesesuian bait-bait lagu dan bagi memastikan mesej yang diterapkan, berjaya disampaikan. Contohnya lagu pemergianmu(in team) yang berkisar saat-saat kewafatan Rasulullah, Hamzah asadullah(in team) berkisar pejuang islam di zaman Rasullulah, Sumayyah(hijjaz) pula berkisar hamba yang sanggup mati demi menegakkan syiar islam dan banyak lagi. Secara umumnya, tema nasyid ini berkisar nilai islam, iman dan syariat, pendek kata lengkap dan menyeluruh merangkumi semua aspek yang boleh dijadikan tauladan buat umat Nabi Muhammad.

Nasyid adalah salah satu cabang seni islam juga merupakan alunan muzik yang bertemakan ketuhanan dan keislaman serta memberikan manfaat kepada para pendengar. Tugas sebagai penyanyi nasyid bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Hal ini kerana, bukan mudah untuk menyampaikan mesej yang terdapat dalam lagu tersebut. Penghayatan dan menjiwai lagu yang disampaikan adalah antara aspek penting dalam mendendangkan sesebuah lagu. Saya masih ingat lagi komen dan pesanan yang disampaikan oleh Hazamin In Team semasa pertandingan nasyid unifes pada 8 Ogos yang lalu, beliau memberitahu bahawa antara elemen penting dalam pembawaan lagu adalah penghayatan dan mimik atau riak muka penyanyi haruslah selaras dengan penceritaan dan mesej lagu yang dibawakan.

Contohya kalau lagu itu berkisar saat kewafatan Rasulluluh, penyanyi itu haruslah menunjukkan emosi sedih, tak kan gembira plak kan, tak sesuai la. Lihat sahaja wajah Shahril dalam klip video lagu pemergianmu, begitu emosi dan sedih sehingga membuatkan saya rasa tersentuh, hiba, dan turut merasa sedih di atas kewafatan Rasulullah.

Macam mana penonton nak menghayati dan berkongsi rasa sesuatu lagu tu dengan baik, kalau penyanyi itu sendiri tak menjiwai lagu yang disampaikan. Ini bermakna penyanyi tersebut bukan sahaja telah gagal menyampaikan mesej sebenar lagu itu malah gagal dalam pembawaan lagu.

Saya masih ingat lagi suatu ketika dahulu kumpulan nasyid rabbani pernah di kritik kerana irama lagu yang dibawakan kurang menggunakan peralatan tradisional seperti Raihan. Namun begitu, bagi saya pembaharuan yang dilakukan oleh Rabbani adalah wajar dan seiring dengan era teknologi yang semakin canggih. Rasanya tak salah kalau mereka ingin memanfaatkan kemajuan teknologi dalam irama nasyid asalkan tak lari dari misi dan visi sebenar irama nasyid. Kelainan irama nasyid yang ditonjolkan oleh Rabbani sememangnya mendapat sambutan dari segenap lapisan umur. Tengok sahaja hasilnya, banyak anugerah yang berjaya diraih, antara anugerah yang sering dimenangi hampir setiap tahun adalah kumpulan nasyid paling popular(ABP Berita Harian) dan banyak lagi. Bukan ganjaran dunia semata-mata yang dikejar oleh mereka tapi yang paling penting adalah ganjaran pahala kerana memperjuangkan syiar Islam menerusi elemen hiburan. Tapi bukan hiburan yang melalaikan.

Menerusi lagu-lagu nasyid, kita bukan sahaja boleh mengetahui sejarah kisah di zaman para nabi dan rasul malah boleh meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t. serta meningkatkan kualiti ketertinggian nilai insan. Yang penting, bila dengar lagu nasyid tu, jangan dengar sahaja tapi hayatilah supaya kita tak tersalah tafsir mesej yang ada dalam lagu tersebut. Ini adalah realiti dan benar-benar telah berlaku, dimana lagu lafaz yang tersimpan (unic) telah disalah ertikan oleh kawan saya. Dia menggangap lagu tu tentang kisah percintaan dua insan kekasih. Dimana seorang kasih tak dapat meluahkan cinta pada orang yang dikasihinya. Tapi sebenarnya lagu tersebut berkisar kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapanya, di mana kesukaran seorang anak untuk meluahkan rasa dan menuturkan sayang terhadap ibu bapa. Pengajarannya, kita mesti menghargai ibu bapa dan melafazkan rasa sayang kita kepada mereka selagi mereka masih bernafas. Itu sahaja!

Dalam konteks ini, kita tidak seharusnya menyalahkan penyanyi semata-mata. Pendengar juga harus bijak membuat penilaian dan pentaksiran, tak kiralah sama ada maksud lagu tu tersurat mahupun tersirat. Memang tak dinafikan, penerimaan seseorang individu terhadap sesebuah lagu adalah berbeza dan mengikut perspektif masing-masing.

Kesimpulannya, penyampai lagu dan pendengar harus memahami dan menghayati mesej lagu nasyid mengikut perspektif agama dan syariat. Jangan tersesat. Akhir bicara, saya ingin memohon maaf sekiranya terlanjur bahasa atau tersalah kata. Saya bukanlah insan yang pakar dalam lagu nasyid, saya hanyalah salah seorang peminat lagu nasyid yang hanya sekadar ingin berkongsi pendapat.

-Semoga roh pejuang nasyid terkenal (Allahyarham ustaz asri, vokalis rabbani) ditempatkan bersama-sama dengan insan beriman..

-Terlebih cerita pasal Rabbani ni mengingatkan pulak saya di zaman persekolahan dulu, pernah la masuk pertandingan nasyid dapat nombor 3, nyanyi plak lagu Rabbani berjudul Assalamualaikum..mmg tak sangka, haha..

Email daripada:Noor Jalilah Abdul Jalil

2 comments:

Jamal Rafaie said...

Salam..

Betul apa yg disampaikan oleh saudari jalilah. Selain melayan irama nasyid, kta seharusnya mengambil juga mesej yg hendak disampaikan dalam sesebuah lagu itu. Inilah yg dikatakan hiburan mendidik jiwa.

Hiburan adalah salah satu pendekatan dakwah yang boleh dilakukan. Ramai orang agah susah untuk berzikir dan berselawat, tetapi dengan bernasyid mungkin dapat menyebut nama Allah dan rasul secara tidak langsung, dapat pahala zikir dan berselawat.

Berkenaan tentang rentak irama nasyid masa kini, sebenarnya tidak menjadi masalah, kerana kadang2 hukum mengikut u'ruf(suasana). Saya pernah bertanya dgn Ust tentang masalah ini, hukum irama rock/seumpama dibolehkan dan janganlah melampaui batas2 syarak seperti terkinja-kinja di atas pentas.

Mendengar nasyid dapat menenangkan jiwa dan sebagai alternatif utk kita berhibur. Paling penting, niat kerana Allah s.w.t.

HIBURAN ISLAM MENDIDIK JIWA

Along Fina said...

wooh.. komen abg jamal boleh jadi artikel la.. hehehe